Saturday, December 25, 2010

Penyelewengan dalam Sime Darby - Suara NGO diterima oleh BOD

Tindakan yang telah dilakukan oleh Lembaga Pengarah Sime Darby untuk menuntut gantirugi daripada beberapa bekas pegawai kanannya  yang di dakwa terlibat di dalam pemalsuan maklumat serta disyaki mempunyai unsur-unsur jenayah penipuan dan pecah amanah adalah merupakan satu tindakan permulaan yang baik dilakukan terhadap mereka-mereka yang gagal memegang amanah untuk menjaga aset serta kepentingan negara di dalam syarikat-syarikat GLC.

Isu kerugian terbesar GLC negara telah diperdebatkan dan diperbincangkan di dalam Dewan Negera. Ini adalah hasil daripada siri usaha-usaha desakan serta pendedahan berterusan oleh JMM bersama beberapa NGO yang lain melalui media massa.

Peranan NGO dilihat semakin penting kepada imbangan semakkan di dalam pengurusan serta pentadbiran negara. Beberapa  pertubuhan bukan kerajaan telah berjaya memperlihatkan keupayaan suara mereka untuk didengar oleh pembuat dan pengamal undang-undang negara.

Beberapa desakan telah dibuat oleh beberapa pihak agar Lembaga Pengarah Sime Darby dipecat dan dibuang disebabakan kegagalana mereka bertindakan terhadap kerugian besar yang di alami oleh GLC tersebut. Namum JMM tidak bersetuju dengan lanngkah ini kerana secara lansungnya Lembaga Pengarah ini akan terlepas daripada tanggungjawap dan hilang intergriti terhadap kerugian terbesar yang berlaku. Mereka mesti diberikan peluang untuk membuat pembetulan dan keputusan mereka untuk menuntut kerugian daripada mereka yang terlibat merupakan langkah yang baik 


Jika kita menilai jumlah tuntutan kerugian yang diminta sememangnya kecil dan tidak setimpal dengan jumlah kerugian yang ditanggung tetapi langkah ini penting dilihat sebagai mengingatkan pegawai-pegawai kanan yang lain di dalam syarikat GLC supaya berhati-hati menjalankan amanah yang diberikan.

JMM bersama-sama dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang lain amat serius untuk menangani isu peyelewengan kerana ianya menjerumuskan serta menjuruskan mereka yang terlibat ke dalam kantong rasuah dan korupsi.

Rasuah dan korupsi bukan lah hak milik kerajaan semata-mata kerana walaupun kita menukar kerajaan masalah sosial ini tetap berlaku sepertimana yang telah terbukti di beberapa negeri yang mengalami pertukaran kerajaan tempatan.

Rasuah dan korupsi adalah milik bersama-sama bagi kita setiap individu serius untuk menangani serta membasmikannya. Setiap daripada kita harus memiliki unsur Jujur & Amanah di dalam menjalankan kewajipan baik daripada apa segala jua pemikiran, keputusan serta tindakan yang dilaksanakan.

JMM berkeyakinan tinggi masih terdapat ratusan pertubuhan bukan kerajaan yang lain berkongsi pandangan serta pendapat yang sama iaitu pembasmian rasuah juga korupsi adalah merupakan tanggungjawab kita bersama. Sememangnya menjadi lumrah dan norma manusia bila ada tangan yang meminta sudah tentu ada pula tangan yang memberi.

Dalam masyarakat kapitalis yang menjunjung tinggi invidualisme secara jelas, karaktor peribadi individu masyarakatnya tidak dibangunkan dengan cara yang betul. Seluruh sistem kehidupanya seperti pendidikan, tata nilai (sosial, kemasyarakatan, keluarga), sistem ekonomi dan sistem sosial yang diterapkan secara sistematik akan membentuk individu yang mengagungkan kebebasan sebagai puncak kebahagian.

Setiausaha Agung

No comments:

Post a Comment