"Media Strategy" berperanan menyampaikan mesej-mesej yang berbentuk dramatik bertujuan mengubah minda dan kelakuan sasaran kumpulan tersebut untuk menerima mesej yang disampaikan khususnya melalui media elektronik, online dan penyampaian dari mulut ke mulut. Pendekatan ini telah banyak digunakan oleh agensi-agensi pengiklanan bagi menyampaikan mesej produk kepada pengguna yang disasarkan.
Namun begitu, peranan media juga sangat penting di dalam politik kerana berita-berita dramatik sememangnya menjadi kegemaran kebanyakan manusia untuk diberikan perhatian khasnya melibatkan isu-isu yang sensitif dan tidak diketahui umum.
Mereka yang cekap dan mahir memainkan sesuatu isu politik ini sering digelar "media-strategies". Golongan ini biasanya mempunyai kemahiran dan pengalaman yang luas di dalam industri media serta faham selok belok di dalam menarik perhatian pembaca terhadap sesuatu isu samada untuk menimbulkan rasa benci, marah, memberontak, simpati dan sebagainya.
Tujuannya ialah untuk kepentingan seseorang individu ataupun segolongan kumpulan yang mana "mereka" ini sering ditaja oleh negara-negara asing.
Negara kita mempunyai ramai "media-strategies" yang mampu memberikan gambaran atau mempromosikan negara ini kepada media-media asing dan luar negara. Malangnya ada diantara "mereka" yang bertindak memburukkan negara ini melalui pelabagi serangan peribadi ke atas individu, serangan ke atas dasar & polisi negara dan juga serangan ke atas setiap tindakan yang di ambil oleh Kerajaan Persekutuan.
"Mereka" ini dilihat bertujuan untuk menjatuhkan pemimpin negara serta mengocak katik dan memporak perandakan kemakmuran dan perpaduan di dalam negera. "Media-Strategies yang dinamakan mereka"- tidakkah kamu tahu malu terhadap apa tindakan yang kamu lakukan, membelot kepercayaan yang diberikan, merosakkan minda masyarakat, menghancurkan perpaduan dan lebih-lebih lagi, kamu menjual negara! Wang dan kemewahan yang ditawarkan oleh negara asing menjadi kamu buta dan pekak sehingga sanggup memutar belit sesuatu fakta"
No comments:
Post a Comment