Sunday, May 2, 2010




ARKIB : 20/03/2010
JMM mahu Shaikh Akmal buat penjelasan

KUALA LUMPUR 19 Mac – Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendesak seorang ahli perniagaan, Shaikh Akmal Shaikh Alaudin membuat penjelasan berhubung segala pendedahan yang dibuat pihaknya terhadap Pengerusi Eksekutif ECM Libra Financial Group Bhd., Datuk Seri Kalimullah Hassan.

Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, ini kerana Kalimullah hanya mendiamkan diri tanpa menafikan dua pendedahan yang dibuat pihaknya sebelum ini.
Sehubungan itu katanya, Shaikh Akmal adalah individu yang paling layak untuk membuat penjelasan bagi pihak Kalimullah kerana mereka berdua mempunyai hubungan baik sebagai rakan kongsi perniagaan.
“Shaikh Akmal perlu bertanggungjawab dan menjawab pendedahan JMM kerana kami difahamkan dia adalah sahabat baik Kalimullah dan juga rakan kongsi perniagaan kerana nama mereka berdua ada dalam senarai Pengarah Syarikat E-Efficient Solution Bhd.
“Dia juga perlu membuat penjelasan apakah hubungan antara Regalia Record Management Sdn. Bhd. dengan E-Efficient kerana kita tahu Regalia adalah salah satu penaja portal berita propembangkang The Malaysian Insider melalui pemaparan logonya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Pada sidang akhbar 17 Februari lalu, JMM mendesak Kalimullah membuat penjelasan berhubung laporan sebuah laman blog yang mendakwa beliau membiayai portal berita propembangkang, The Malaysian Insider yang banyak mengkritik kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pada 25 Februari pula, JMM sekali lagi mengadakan sidang akhbar mendakwa penginapan pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin di London didaftarkan atas nama isteri Kalimullah iaitu Helinna Hanum Dadameah.
Sementara itu, Azwanddin turut melahirkan rasa pelik dengan sikap Kalimullah itu kerana pihaknya telah mengemukakan dokumen lengkap sebagai bukti.
Katanya, bukti itu adalah dalam bentuk dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan geran pemilikan sebuah kondominium mewah Trinity Court di London.
“Takkanlah Kalimullah tidak tahu pendedahan kami ini kerana ia dilaporkan oleh sebahagian besar media massa,” tegasnya.
Selain daripada dua pendedahan itu, Azwanddin turut mendesak Shaikh Akmal menjelaskan adakah benar berlaku perbincangan antara Kalimullah dengan seorang tokoh pembangkang daripada DAP.

No comments:

Post a Comment