Memetik kenyataan akbar The Star bertarikh 2hb Mei 2010 yang bertajuk “ Khazanah urged to explain Pos Malaysia’s loss” , Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menyokong penuh saranan Tan Sri Adam Kadir, supaya Khazanah Nasional Berhad memberikan perspektif yang benar dan tepat kepada Y.A.B. Perdana Menteri mengenai kerugian yang telah ditanggung oleh Pos Malaysia Berhad sebanyak RM546 juta dan mendedahkan siapakah individu atau perkumpulan yang telah mendapat manfaat hasil dari kerugian tersebut kerana ianya juga penting untuk rakyat Malaysia mengetahuinya.
Sebagaimana yang sedia diketahui, Kementerian Kewangan dibawah Tan Sri Nor Mohamed Yakcop telah memindahkan Pos Malaysia Berhad dari Kementerian Kewangan kepada Khazanah Nasional Berhad yang diketuai waktu itu oleh Tan Sri Dato’ Azman bin Haji Mokhtar sebagai Pengarah Urusan pada tahun 2006.
JMM berpendapat adalah amat bertepatan agar Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Tan Sri Dato’ Azman bin Hj. Mokhtar merupakan individu yang tepat untuk memberikan penjelasan mengenai kerugian di atas.
JMM juga meminta penjelasan mengenai kriteria pemilihan Ketua Pegawai Eksekutif bagi GLC (Government Link Company) dipilih mengikut merit kelayakkan berdasarkan pengalaman dan kejayaan individu tersebut atau berdasarkan kepada kronisme?
Seperti yang sedia maklum, ramai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GLC yang dipilih dari Dana Harta Berhad.
Sekiranya perlantikan jawatan penting di dalam GLC seperti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ini mengambilkira perlantikkan yang dibuat atas dasar sahabat/kawan sekerja atau kenalan maka dengan itu ianya mengambarkan mengenai ketidakadilan dan ketidaktelusan yang akhirnya akan memberikan tafsiran yang negatif terhadap Kerajaan mengenai perlantikkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) tersebut.
Pemilihan seperti Dato Azman Yahya, Dato Bakke Salleh, Dato Zukri Samad, Dato Ismee Ismail, Dato Abdul Rahman Ahmad, Dato Sharil Ridza Ridzuan, Dato Ahmad Zulqarnaian Onn, Dato Idrose Mohamed, Dato Fazrul Rahman Ebrahim menimbulkan banyak persoalan mengenai pemilihan mereka di dalam jawatan-jawatan penting di dalam GLC.
JMM meminta Tan Sri Nor Mohamed Yakcop menjelaskan hubungan beliau dengan Shaikh Aqmal bin Shaikh Alauddin, Pengarah Efficient E-Solution Berhad yang telah mendapat kontrak dari LHDN (secara paksa) sebanyak RM900 juta. Seperti yang pernah didedahkan oleh JMM bahawa hubungan Shaikh Aqmal bin Shaikh Allaudin, Raja Petra Kamaruddin dan Dato Kalimullah bin Hassan mempunyai persamaan di dalam melindungi “pengkhinat” Raja Petra Kamaruddin yang pernah berlindung di “Trinity Court” sebuah kondominium mewah di London yang didaftarkan dan dimiliki di atas nama isteri Dato Kalimullah bin Hassan.
Terima Kasih
Yang Benar,
Azwanddin Bin Hamzah
Yang DiPertuaJaringan Melayu Malaysia

No comments:
Post a Comment