Sunday, May 2, 2010

Demi Keselamatan & Perpaduan Negara





KENYATAAN MEDIA


Pada 17 Feb 2010 dan 25 Feb 2010, JMM telah membuat pendedahan dan mendesak Kalimullah yang terlibat dengan penajaan malaysiainsider dan menyediakan penginapan untuk RPK di Trinity Court, sebuah condo mewah di London. Pendedahan tersebut juga telah disokong dengan dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan salinan geran kondo yang didiaftarkan di bawah nama isteri Kalimullah. Artikel pendedahan tersebut telah tersiar di akhbar-akhbar tempatan.
Namun sehingga sekarang JMM masih belum dapat sebarang jawapan atau respon dari Kalimullah barkaitan pendedahan JMM samada pendedahan itu benar atau tidak.
Shaik Aqmal perlu bertanggungjawab dan menjawab pendedahan JMM kerana JMM difahamkan Shaik Aqmal adalah sahabat baik dengan Kalimullah dan juga rakan kongsi dalam perniagaan kerana nama kedua-duanya berada di dalam senarai Pengarah Syarikat E-Efficient Solution Berhad.

Shaik Aqmal juga perlu buat penjelasan apakah hubungan Regalia Record Management Sdn Bhd dan E efficient Solution Bhd yang mana kita tahu Regalia Record Management salah satu penaja kepada laman Malaysiainsider dengan terbuktinya logo Regalia ada di laman web malaysiainsider sebagai salah satu penaja.
Maka dengan itu JMM sekali lagi mendesak Shaik Aqmal untuk tampil memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia bagi pihak Kalimulah berkaitan pendedahan JMM dan JMM juga mendesak Shaik Aqmal memberikan penjelasan mengenai perbincangan Kalimullah dengan Lim Kit Siang.

Terima Kasih .

AZWANDDIN BIN HAMZAH
Yang Dipertua
MEDIA STATEMENT


Hasil dari pendedahan yang dibuat pada 17hb Februari 2010 dan janji Jaringan Melayu Malaysia untuk mendedahkan dokumen-dokumen sokongan mengenai dakwaan hubung kait Kalimullah dengan Raja Petra maka dengan itu pada hari ini, saya ingin mendedahkan dokumen mengenai pemilikan kepentingan Kalimullah di dalam Efficeint E-Solutions Berhad iaitu sebuah syarikat yang telah diberikkan kontrak dari LHDN(secara paksa) sebanyak RM900 juta yang dipegang oleh “proxy” beliau iaitu Shaikh Akmal Bin Shaikh Alaudin dan pemilikan rumah “Trinity Court” di London di atas nama Helinna Hanum Dadameah iaitu isteri kepada Kalimullah.
Keempat-empat individu dan organisasi iaitu Kalimulah Mashreeul Hassan, Helinna Hanum Dadameah, Shaik Akmal Bin Shaik Alaudin dan MalaysianInsider mempunyai persamaan sebagaimana yang didakwa oleh blog Gerakan Anti PKR. Jaringan Melayu Malaysia meminta beliau menjelaskan kepada rakyat Malaysia mengapa beliau telah membuat penafian mengenai pemilikkan rumah tersebut bersangkaut paut dengan beliau dan mengapa beliau telah menafikan Raja Petra Kamaruddin pernah mendiaminya selepasa beliau melarikan diri dari Malaysia?
Sejak pendedahan yang telah dibuat pada minggu lepas, beberapa laman web diantaranya MalaysiaKini telah menghentam Kalimulah. Jaringan Melayu Malaysia melihat ini sebagai salah satu daripada strategi yang telah diatur untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa kedua-duanya tidak lagi bersama, sedangkan sebagaimana yang kita ketahui, kedua-duanya ialah “media-strategies” yang mempunyai agenda untuk meruntuhkan keselamatan dan perpaduan di dalam negara.
Jaringan Melayu Malaysia juga bersedia untuk membuat pendedahan mengenai individu yang telah mengatur pertemuan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lee Guan Eng.
Terima Kasih .
AZWANDDIN BIN HAMZAH
Yang Dipertua
KENYATAAN MEDIA 17-02-2010

Jaringan Melayu Malaysia telah melihat satu artikel blog yang ditulis di dalam Gerakan Anti PKR bertajuk “Kalimullah Pembohong Harus Disiasat”.
Penulis blog tersebut telah mendakwa bahawa “Kalimullah pernah kaya raya melalui penganugerahan kontrak dari LHDN (secara paksa) bernilai RM900 juta melalui syarikat proksinya bersama Efficient E-Solutions Berhad” melalui Regalia Solutions Sdn Bhd yang mempunyai 30% kepentingan di dalam Efficient E-Solutions Berhad. Diantara Pengarah syarikat tersebut ialah Shaikh Akmal Bin Shaikh Alaudin yang telah didakwa oleh penulis blog ini sebagai proksi kepada Kalimullah.
Penulis juga telah mendakwa bahawa Kalimullah menjadikan platform portal web MalaysianInsider sebagai alat serangan bertubi-tubi kepada Dato’Seri Najib, Islam dan bangsa Melayu. Jaringan Melayu Malaysia memandang serius terhadap dakwaan ini kerana melibatkan keselamatan dan perpaduan di dalam negara.
Kami memohon agar dakwaan ini disiasat secara terperinci dan Kalimullah WAJIB menjawap tuduhan yang telah kemukakan oleh penulis blog ini.

Yang Benar,

Azwanddin Hamzah
Yang DiPertua