Monday, June 25, 2012

Road To Putrajaya (RTPJ) Promosi LGBT?

JMM juga sangat kecewa apabila kebanyakan "Group" di dalam facebook (FB) yang mempunyai tajuk Road To Putrajaya (RTPJ) telah memilih ikon mirip bendera resmi LGBT iaitu warna bendera pelangi sebagai Ikon kepada Group tersebut

LGBT bukanlah perkara baru yang diperkatakan di negara ini. Malah semenjak dari PR mengenepikan 2/3 kerusi di parlimen, gerakkan LGBT telah dimulakan dengan penganjuran Seksualiti Merdeka yang melibatkan forum yang dianjurkan oleh NGO-NGO yang menyokong perlakuan songsang manusia yang tidak bertamadun ini.



Gerakkan LGBT ini disyaki melibatkan dana asing yang dibiayai oleh Yayasan anjuran George Soros yang pernah suatu ketika dahulu cuba menyerang ekonomi Malaysia sewaktu krisis ekonomi 1998. Namun keupyaan pemimpin negara waktu itu, Tun M berupaya menolak anacaman ini dengan mengadakan fiskal kewangan yang ortodok serta tidak dijangkankan oleh penyangak matawang asing.

Terbaru Datuk Ambiga Sreevasanam, bekas Pengerusi Bersih3.0 dan juga pernah memegang tampuk Majlis Peguam menyokong Seksualiti Merdeka dengan alasan kumpulan minoriti ini juga berhak mendapatkan hak mereka walaupun secara sedarnya sebagai bekas peguam yang pernag membawa kes permohonan murtad Lina Joy, isu sebigi sudah semestinya menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini. 

Apakah Seksualiti Merdeka ini digunakan sebagai perkakas untuk melahirkan serta membangkitkan golongan muslim yang ekstrimis sehingga mengakibatkan kucar kacir di dalam negara yang akhirknya membawa kepada campurtangan asing ke dalam pentadbiran negara. Agenda yang serupa cuba diterapkan di Indonesia dengan memperkenalkan Festival Q yang direka bertujuan membangkitkan kemarahan umat Islan yang terbesar di dunia itu untuk menjadi ekstrim, mencipta hura hara serta boleh dijadikan alasan bagi negara asing masuk campur tangan ke dalam pentadbiran negara tersebut.

Dari segi demographik serta geographiknya, kedua-dua negara mengawal aset yang paling penting di dunia dari segi rangakain perhubungan perkapalan antarabangsa, iaitu Selat Melaka. Laluan perkapalan yang amat strategik ini telah beberapakali cuba dijajah samada dari Portugis, Inggeris, Belanda dan Jepun.

Kebangkitan negara China di dalam sektor ekonomi mengejutkan banyak pihak dan China dijangkakan akan memiliki kekuatan kententeraan yang jauh lebih besar dari Amerika Syarikat. Maka kekuatan China perlu diimbangkan dengan meletakkan seberapa banyak pengakalan tentera AS di laluan perkapalan yang strategik seperti Selat Melaka.

Amerika Syarikat memperuntukan hampir 30% dari perbelanjaan negara tersebut ke dalam perbelanjaan ketenteraan yang mana negara itu mempunyai angkatan laut yang lebih 20kali lebih besar dari angkatan daratnya. Secara jelasnya juga, agenda utama negara tersebut ialah meletakkan kepentingannya dinegara-negara terpilih melalui tentera laut mereka.

Selepas pilihanraya 2008, banyak gerakan yang telah diatur secara terancang samada menerima bantuan nasihat teknikal serta kewangan, YB Zulkifli Nordin pernah mendedahkan bahawa PKR dilihat telah menjadi perkakas asing untuk menjayakan agenda barat.

Hasil dari gerakkan yang terancang serta teperinci maka tidak menghairan apabila gerakkan LGBT sengaja dipromosikan di negara ini sebaik sahaja PR berjaya mengenepikan 2/3 kerusi Parlimen di dalam PRU12.

Hasil dari penyelidikan JMM, LGBT bukan sahaja dipromosikan melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan samada dari segi fisikal bahkan melibatkan peranan dan penggunaan media seperti menerbitkan filem serta cerita pendek yang mentafsirkan hak asasi manusia dari segi pelbagai sudut termasuk dari perhubungan sejenis.

Tidak cukup dengan itu, laman sosial juga digunakan sebagai perkakas penting di dalam mempromosikan LGBT di negara ini.

JMM juga sangat kecewa apabila kebanyakan "Group" di dalam facebook (FB) yang mempunyai tajuk Road To Putrajaya (RTPJ) telah memilih ikon mirip bendera resmi LGBT iaitu warna bendera pelangi sebagai Ikon kepada Group tersebut.

Semakkan oleh pertubuhan ini mendapati Road To Putrajaya seperti P044 Parlimen Permatang Pauh (RTPJ), P98 Parlimen Gombak (RTPJ), P99 Parlimen Ampang (RTPJ), P064 Ipoh Timur (RTPJ), RTPJ Selangor, Parlimen Kota Baru P021 (RTPJ), Parlimen Subang (RTPJ), RTPJ Kelantan, P050 Parlimen Jelutong (RTPJ) dan begitu juga hampir kesemuanya yang mempunyai nama RTPJ.

Adakah mereka-mereka yang mencipta laman ini secara kebetulan banyak menyokong ketua pembangkang yang selama ini menyokong Seksualiti Merdeka serta mahu mengenepikan undang-undang liwat di negara ini?

Setiausaha Agung JMM

No comments:

Post a Comment