Wednesday, June 27, 2012

LGBT: Jelaskan pendirian


KUALA LUMPUR 25 Jun - Pakatan pembangkang digesa menjelaskan pendirian mereka sama ada akan membuat pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan dan negeri berhubung isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) jika berjaya mentadbir negara.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kuala Pilah, Datuk Hasan Malek berkata, penjelasan itu amat diperlukan agar rakyat tidak keliru dengan perjuangan mereka dalam isu LGBT sebelum ini.


Selain itu, beliau yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, pakatan pembangkang perlu menjelaskan kepada rakyat sama ada pindaan akan dibuat bagi membenarkan seorang biseksual menjadi ketua pembangkang.


"Kita meminta pakatan pembangkang membuat kenyataan terbuka tentang pendirian rasmi mereka dalam persoalan perkahwinan sejenis dan LGBT," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Hasan, semua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta persatuan pelajar ingin mengetahui kedudukan perkahwinan sejenis dan LGBT jika pembangkang mentadbir negara.

Katanya, kebimbangan rakyat mengenai penularan isu LGBT semakin serius dan pakatan pembangkang perlu tampil dan menyatakan pendirian mereka berhubung perkara itu.