Tuesday, April 3, 2012

Wan Azizah, Nurul Izzah digesa beri penjelasan

Oleh itu, kita mahu mendengar sendiri penjelasan tuan empunya badan, tuan empunya hati dan tuan empunya maruah diri

KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail diminta membuat sidang akhbar bersama-sama anaknya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Shamsidar Taharin bagi menjelaskan kedudukan dan matlamat sebenar perjuangan PKR.

Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Noraini Abdul Khalil Saferi, berkata banyak dakwaan dan tanggapan buruk menyelubungi parti itu ketika ini berhubung peribadi penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, antaranya orientasi seksualnya sebagai seorang biseksual.

Katanya, dakwaan bekas rakan karib Anwar, Datuk S Nallakaruppan jika tidak dijawab akan memberikan tanggapan seolah-olah parti itu menerima perlakuan seks bebas sebagai sebahagian daripada gaya hidup mereka.

"Dakwaan dan kenyataan yang diberikan oleh Nallakaruppan agak serius dari sudut politik dan perlu siasatan lanjut kerana ia membabitkan maruah semua pihak terbabit.

"Oleh itu, kita mahu mendengar sendiri penjelasan tuan empunya badan, tuan empunya hati dan tuan empunya maruah diri, " katanya di sini, semalam.

Nallakaruppan baru-baru ini mendakwa Anwar mempunyai kecenderungan seksual sebagai seorang biseksual kerana mempunyai hubungan sulit dengan lelaki dan wanita.

Katanya, Anwar pernah mempunyai hubungan sulit dengan Shamsidar yang juga isteri Ahli Parlimen Gombak dan Timbalan Presiden Keadilan, Azmin Ali.

Noraini berkata, sidang akhbar yang sama juga boleh digunakan untuk menjelaskan dengan terperinci isu kekayaan dan harta Shamsidar yang bernilai jutaan ringgit.

Sumber: Bharian