Friday, July 1, 2011

Perhimpunan Anti Zalim - Lim Guan Eng Zalim

PENANG- Lebih daripada 1500 orang menghadiri Perhimpunan ANTI ZALIM - Lim Guan Eng ZALIM di Pulau Pinang yang bermula jam 2:00 petang tadi. Perarakan yang dimulakan dari Masjid Lama Leboh Acheh, melalui jalan Carnovan, Leboh Chulia, Jalan Penang, Jalan Mac Alister sehingga ke Pejabat Lim Guan Eng di KOMTAR disertai oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak Lim Guan Eng supaya berundur kerana bersikap zalim terhadap penduduk Pulau Pinang.

YDP Jaringan Melayu Malaysia, Azwanddin Hamzah yang mengetuai barisan hadapan perarakan ini menghadapi  beberapa sekatan pihak Polis yang tidak membenarkan perarakkan ini diadakan. Beberapa insiden pertempuran kecil juga dilihat berlaku apabila pihak Polis cuba mencetus kemarahan penyokong perhimpunan ini dengan merempuh perarakan ini dengan kenderaan mereka.

Perarakan ini seterusnya berhenti di Masjid Kapitan Kelin sebelum diteruskan semula di atas Jambatan Pulau Pinang yang berlansung kira-kira 1jam kemudiannya, Ketika inilah, Azwanddin Hamzah ditahan oleh pihak berkuasa apabila cuba menahan beberapa anggota Polis yang sedang menangkap penyokong perhimpunan ini.

Difahamkan sehingga kini, Azwanddin Hamzah sedang ditahan dan masih disoal siasat oleh pihak Polis di IPK Negeri bersama-sama dengan YB Senator Mohamad Ezam bin Mohd Nor yang turut juga menyertai perhimpunan ini.

Menurut lapuran tidak rasmi, berkemungkinan kedua-duanya akan ditahan dan di dakwa.

Secara keseluruhannya perhimpunan aman ini berjalan dengan baiknya walaupun berlaku ramai pengguna jalanraya terperangkap di dalam kesesakan jalanraya yang menuju ke KOMTAR.

Tinjauan yang dilakukan pada jam 6:30 petang tadi, kesesakkan jalanraya masih belum reda khususnya di Jalan Penang, Lebuh Raya Jelutong dan Jambatan Pulau Pinang yang menghala ke Butterworth.

Beberapa NGO yang ditemui berhasrat untuk meneruskan perhimpunan ini pada setiap minggu sehingga Lim Guan Eng berundur sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang di atas sikap zalim beliau menindas penduduk Pulau Pinang.


No comments:

Post a Comment