Monday, June 27, 2011

Pas takut bayang-bayang sendiri - NGO

"Semakin banyak 'tembelang' yang ditunjukkan Pas seperti lari daripada prinsip asal perjuangannya. Tindakan itu tidak profesional kerana mereka juga kononnya memperjuangkan kebebasan media dan demokrasi.

KUALA LUMPUR 20 Jun - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kecewa dengan tindakan Pas memboikot Utusan Malaysia yang menunjukkan mereka takut kepada bayang-bayang sendiri.

Ketua Penerangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, tindakan Pas yang dilihat bermotifkan politik itu amat dikesali.


"Saya sedih melihat Pas yang seperti kebudak-budakan. Utusan ditubuhkan sebelum merdeka lagi yang memainkan peranan penting dalam mempertahankan Islam dan kepentingan orang Melayu serta rakyat keseluruhannya mengikut Perlembagaan negara," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan kerajaan Pas yang melancarkan kempen Boikot Utusan Malaysiadan mengharamkan akhbar ini daripada membuat liputan acara yang melibatkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sementara itu, Yang Dipertua Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwandin Hamzahberkata, Pas bertindak sedemikian kerana takut dengan pelbagai pendedahan Utusan Malaysia tentang kepincangan mereka.

"Semakin banyak 'tembelang' yang ditunjukkan Pas seperti lari daripada prinsip asal perjuangannya. Tindakan itu tidak profesional kerana mereka juga kononnya memperjuangkan kebebasan media dan demokrasi.

"Sepatutnya, Pas memboikot Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat seorang pemimpin tidak bermoral dan integriti, bukannya Utusan Malaysia. Jika akhbar itu menyebarkan sesuatu yang salah tidak perlu takut, rakyat boleh menilai," jelasnya.

Sumber: Utusan Malaysia