"TOLAK LIM GUAN ENG - LIM GUAN ENG ZALIM!!
PENANG - Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) akan turut menyertai PERHIMPUNAN ANTI ZALIM - LIM GUAN ENG ZALIM pada hari Jumaat 1hb Jul 2011 di KOMTAR, PULAU PINANG pada jam 2:00 petang.
PENANG - Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) akan turut menyertai PERHIMPUNAN ANTI ZALIM - LIM GUAN ENG ZALIM pada hari Jumaat 1hb Jul 2011 di KOMTAR, PULAU PINANG pada jam 2:00 petang.
Pada awal minggu ini, JMM telah mengerakkan seluruh ahli-ahli pertubuhan ini di seluruh Malaysia untuk hadir menyertai perhimpunan ini. Saya juga menyeru kepada seluruh rakyat di Pulau Pinang untuk turut serta bagi menolak pemimpin yang zalim seperti Lim Guan Eng.
Pada permulaan pemerintahannya, Lim Guan Eng telah menyatakan untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan alasan "nasib dan untung kita adalah sama". Pulau Pinang antara negeri yang termaju di Malaysia dan sebelum ini DEB telah lama digunakan sebagai asas kepada pembangunan pesat yang kini dikecapinya. DEB berjaya memberi ruang dan peluang kepada setiap bangsa untuk menikmati peluang pembangunan ekonomi sebagaimana yang dapat dilihat sekarang. Apakah agenda sebenar Lim Guan Eng dengan mengatakan sedemikian?
Tindakan beliau menzalimi beberapa peniaga Melayu khususnya di Tanjong Tokong paling dipertikaikan sendiri oleh rakyat Pualau Pinang. Menghentikan lesen peniaga-peniaga Melayu dengan alasan mereka adalah kotor adalah satu alasan yang tidak logik kerana secara keseluruhannya perbandingan dengan kawasan-kawasan lain kebersihannya adalah serupa. Mengapa tidak diberikan kompaun di atas kesalahan kebersihan? Mengapa Lim Guan Eng menutup periuk nasi mereka dengan memindahkan mereka di kawasan yang strategik, nilai harta tanah yang tinggi ke kawasan yang terceruk? Nyata sekali, Lim Guan Eng menzalimi peniaga-peniaga ini.
Beginikah nilai-nilai kepimpinan dari seorang yang berjawatan Ketua Menteri Pulau Pinang? Beliau seharusnya berlaku adil kepada semua pihak. Sebelum beliau mengambil alih tampuk kearjaan negeri, belum pernah lagi kedengaran keluhan dan bantahan dari rakyat Pulau Pinang mengenai tindakan zalim terhadap mana-mana individu khususnya di dalam soal pencarian rezeki dan peluang bersaing sesama sendiri serta bangsa-bangsa lain dengan jujur dan terhormat?
JMM secara tegasnya menolak kepimpinan yang menzalimi rakyatnya sendiri yang telah memberikan kepercayaan kepada beliau bagi menjamin masa hadapan mereka di negeri ini. Oleh itu,di atas dasar jujur dan amanah, maka JMM sekali lagi menyatakan bahawa kami akan turun ke KOMTAR , PULAU PINANG untuk menyertai PERHIMPUNAN ANTI ZALIM - LIM GUAN ENG ZALIM sebagai keprihatinan kami terhadap masalah dan rayuan dari seluruh rakyat Pulau Pinang yang ditindas oleh pemimpin mereka sendiri.
Saya menyeru seluruh rakyat Pulau Pinang untuk hadir ke PERHIMPUNAN ANTI ZALIM sebagai menyatakan bantahan serta memprotes perbuatan Lim Guan Eng menzalimi penduduk-penduduk Pulau Pinang. Kita tidak akan berkompromi dengan pemimpin yang menzalimi rakyatnya sendiri semata-mata untuk memuas nafsu peribadi.
TOLAK LIM GUAN ENG - LIM GUAN ENG ZALIM!!
Sekian Terima Kasih,
"Jujur & Amanah Satu Perjuangan"
AZWANDDIN BIN HAMZAH
Yang DiPertua Kebangsaan
Malaysia sepatutnya belajarlah dpd Singapura!
ReplyDeleteJika DAP dapat peluang memerintah Malaysia :
1. Kerajaan DAP akan mengikut sebiji macam cara PAP Singapura memerintah iaitu dgn cara kuku besi.
2. ISA akan digunakan utk melenyapkan Pembangkang iaitu BN.
3. Sebarang demonstrasi bodoh2 macam Bersih1 dan Bersih2 tidak akan dilayan sama sekali. Semua penganjur akan dipenjarakan di bawah ISA seumur hidup kerana cuba mengancam keselamatan negara.
4. Pada mulanya sahaja Anwar akan diangkat menjadi PM.
5. Kemudian, Perlembagaan Malaysia akan dipinda utk memansuhkan Hak-Hak Keistimewaan Orang Melayu utk mengujudkan Malaysian Malaysia.
6. Kemudian, Institusi Raja-Raja Melayu akan dimansuhkan dan Malaysia pun dijadikan The Republic of Malaysia. Lim Kit Siang akan jadi Presiden. Komunis Ching Peng sudah tentunya akan dibawa balik ke Malaysia dan disanjung sebagai bapa kemerdekaan dan diberi ganjaran istimewa yg turut diwarisi oleh kaum kerabatnya!
7. Kaum Cina dari luar akan digalakkan utk berhijrah ke Malaysia, diberi kerakyatan Malaysia dan ditempatkan di merata2 di Malaysia utk melenyapkan kawasan2 majoriti Melayu spt yg telah berlaku di Singapura dahulu.
8. Lepas itu bermulalah mimpi ngeri bagi kaum Melayu
yg akan menjadi pengemis di tanah airnya sendiri spt yg sedang berlaku di Singapura sekarang.
9. Pada masa itu, kaum Melayu menangis air mata darah pun dah tak berguna.
10. Ahli2 PAS yg sedar mereka telah dikhianati oleh DAP dan PKR cuma telah menang sorak tapi kampung tergadai.
Nauzubillah.
Kaum Melayu ada ke baca sejarah Singapura?
Ingatlah sebelum kena, bila dah terkena, ternganga!
Oh ya, kan Melayu mudah lupa?