Sunday, July 31, 2011

Pelawaan Ku Li dilihat membelakangkan Anwar - JMM

KUALA LUMPUR 30 Julai - Pakatan pembangkang dilihat sebagai membelakangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila didakwa mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Ketua Pembangkang.

Naib Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Omar Saleh berkata, perbincangan mengenai pelawaan kepada Anggota Parlimen Gua Musang itu dikatakan turut melibatkan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"JMM difahamkan Anwar tidak tahu mengenai perkara ini... dan kami mahu tahu mengapa Nik Aziz membelakangkan Anwar (dalam hal ini),” katanya di sini, hari ini.

Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa pelawaan kepada Tengku Razaleigh dibuat berikutan perbicaraan kes Anwar dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd. Saiful Bukhari Azlan. - Bernama

Sumber: Utusan Malaysia