Tuesday, May 3, 2011

Wan Azizah, Nik Aziz dipertikai

“Ternyata kedua-dua mereka ini sanggup melakukan apa sahaja termasuk memperalatkan agama demi memuaskan cita-cita mereka untuk mentadbir Putrajaya,”

KUALA LUMPUR 1 Mei – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disifatkan sebagai pakar putar belit bagi mengaburi rakyat.

Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahhana Jamaludin berkata, tindakan kedua-dua pemimpin pembangkang yang mempergunakan imej Islam untuk mengaburi rakyat amat dikesali dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

“Ternyata kedua-dua mereka ini sanggup melakukan apa sahaja termasuk memperalatkan agama demi memuaskan cita-cita mereka untuk mentadbir Putrajaya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan penyokong PKR mencetuskan kekecohan di dewan solat Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul kelmarin, yang menjadi lokasi ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah melafazkan sumpah laknat.

Jelas Farahhana, sebagai pemimpin PKR yang rasional, Wan Azizah sepatutnya tidak membenarkan para penyokong parti tersebut bertindak liar dan mencemari kesucian masjid.

Beliau berkata, Wan Azizah dan Nik Abdul Aziz yang kerap tampil dengan imej warak itu seperti tidak sensitif dalam soal kesucian tempat ibadah dan kebebasan hak seseorang itu membuktikan dan mencari kebenaran.

Selain itu, katanya, tindakan Wan Azizah yang turut menyangkal pelaku pada video seks yang didedahkan trio Datuk T pada 21 Mac lalu adalah suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun pada mulanya menyatakan bahawa beliau tidak akan menonton video tersebut melihatkan sikap gemar menipu beliau.

Tambahnya, Wan Azizah juga mengamalkan sikap dengki-mendengki dan busuk hati ketika menaburkan fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, empat tahun lalu.

Sumber: Utusan Malaysia

3 comments:

  1. saya tabik dengan farahhana, kerana dia sebenarnya pakar putar belit isu, sebabnya dia tak boleh jadi pakar jurutera mekanikal (tak tahu nak buat kerja mekanikal)

    ReplyDelete
  2. stuju dgn adi.. wat malu kaum ppuan jela kamu ni farahanna.......

    ReplyDelete
  3. haiyooo ini ngo kan? jangan campur tangan dalam isu politik lah! capai misi jmm terlebih dahulu sebelum masuk campur dlm rumahtangga org.

    ReplyDelete