Saturday, June 19, 2010

Dato Mohd Bakke Saleh pernah Rugikan LTH?

Baru-baru terdapat ada beberapa Ahli Parlimen yang tidak bersetuju dengan perlantikkan individu yang sama memegang jawatan-jawatan yang penting di dalam GLC (Government-linked Companies) ataupun GLIC (Government-linked Investment Companies).

Salah seorang yang telah dinamakan ialah Dato’ Mohd Bakke Saleh, Pengerusi Bank Islam, Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Venture Holding Sdn. Bhd. (Felda Global). Pengumuman perlantikan beliau sebagai CEO Sime Darby mendapat reaksi yang berbeza dari golongan kongelemerat dan ahli-ahli politik.

JMM sebelum ini mempersoalkan mengenai isu perlantikan individu yang sama memegang jawatan di dalam GLC lain dilantik ke jawatan penting di dalam GLC lain pula. Mampukah beliau menjalankan tugas kepada 3 GLC gergasi yang melibatkan kepentingan rakyat?

Walau apa pun alasan yang diberikan oleh Pengerusi Sime Darby, Tun Musa Hitam terhadap pemilihan Dato Mohd Bakke Saleh yang disenarai pendek dari 5 orang, tidak adakah orang lain di Malaysia ini yang mampu memikul tanggungjawab ini?

JMM bimbang individu yang sama dilantik memegang jawatan-jawatan yang penting di dalam GLC yang mempunyai kepentingan yang berhubung kait khususnya melibatkan sektor perbankan dan komoditi, akan mendedahkan individu tersebut kepada kepentingan diri.

Tun Musa Hitam bukan ahli kongelemerat dan beliau tidak tahu selok-belok di dalam dunia perniagaan di dalam syarikat-syarikat gergasi yang melibatkan kepentingan pemgang-pemegang sahamnya terdiri daripada pencarum KWSP dan pembeli unit trust. Beliau sebagai Pengerusi Sime Darby juga tidak memahami kenapa lebihan kos telah berlaku dan sebab itu beliau tidak berupaya menghalangnya sebelum kelulusan diberikan oleh Lembaga Pengarah.

Sudah menjadi kebiasaan di negara ini, apabila sesuatu GLC/GLIC berada diambang kerugian maka Kementerian Kewangan akan memilih seseorang yang berlatarbelakang sebagai Akauntan untuk memulih semula kerugian yang telah berlaku di dalam GLC tersebut.

Apakah yang akan dilakukkan oleh Mohd Bakke Saleh di dalam memulihkan semula kerugian RM1.63B?

Adakah beliau akan melakukan strategi yang sama seperti di Lembaga Tabung Haji?

• Pemberhentian terhadap pegawai-pegawai yang menentang & penawaran VSS?
• Membawa masuk kenalan-kenalan beliau

Sememangnya itulah pendekatan paling mudah yang telah diambil oleh Dato Bakke Saleh memandangkan beliau dilantik secara kontrak untuk 2 tahun. Apa yang terjadi selepas itu, nasiblah kepada orang yang menggantikan beliau.
Tabung Haji pernah mengalami kerugian sebanyak RM163juta pada tahun 2002 sewaktu Dato Mohd Bakke Saleh menjadi CEO dan Pengarah Urusan dilantik diatas kapasiti sebagai ‘kenalan’ bukan kerana pengalaman cemerlang beliau.

LTH telah ‘dipaksa’ membeli TH Perdana/ Maju Junction dengan harga RM600 juta melebihi harga pasaran. Begitu juga dengan TH Selborn, sebuah bangunan yang direka praktikal dan mempunyai nilai komersial untuk sewaan ruang pejabat. Nasib yang serupa juga berlaku dengan pembelian TH Uptown yang dibeli sememangnya tidak menguntungkan dengan nilai duit yang dikeluarkan berbanding dengan nilai pulangan pelaburan jangkamasa pendek.

Begitulah pembaziran yang telah berlaku di dalam Lembaga Tabung Haji. Bayangkanlah seorang petani yang bekerja begitu keras membanting tulang dibawah matahari terik dan mendapat sedikit hasil dari titik peluh seharian dan beliau menyimpan di dalam Tabung Haji bagi mendapat pulangan yang setimpal. Alangkah sedihnya jika beliau ketahu bahawa simpananya telah dipersia-siakan dengan pembaziran!

Dato Mohd Bakke Saleh seorang Akauntan yang dibayar gaji yang tinggi (highly paid) dan tidak competent. Bak kata petani itu tadi "bakkenye kosong"!

Tun Musa Hitam berkata perlantikkan Dato’ Bakke Saleh dibuat di atas merit dan pencapaian beliau. Adakah pencapaian beliau di dalam kerugian LTH diambil kira? Atau mungkin Tun Musa Hitam terlepas pandang apa yang berlaku di LTH. Bagaimana pula dengan merit dan pencapaian beliau menerajui Felda Global Ventures Holding Sdn Bhd?

Akhbat The Star bertarikh 29-12-2009 pernah menulis "Felda has been involved in bad business deals before, one of which was shipping outfit Sutrajaya Shipping Sdn Bhd, which acquired vessels that were inappropriate for the desired purpose"

Bagaimanapula dengan pemberian kontrak secara runding terus sebanyak RM160 juta diberikan kepada satu kontraktor sahaja walaupun didalam prosedur pengurusan Felda, kontrak bernilai melebihi RM50,000 mesti dibuka kepada tender terbuka.

Kelab Belia Graduan 1Malaysia pernah mendakwa projek Pasoh Palm Oil Mill di Negeri Sembilan bernilai RM5.5 juta tidak mendatangkan pulangan yang dijangkakan dan mengapa Lembaga Pengarah mahukan projek ini perlu dipindahkan ke lokasi lain? Adakah ini untuk menutup kerugian yang bakal ditanggung oleh Felda?

JMM mengulangi pendirian agar perlantikkan Dato Mohd Bakke Saleh dikaji semula demi kepentingan 8juta orang pemegang saham unit trust. Sime Darby sedang mengalami masalah lain yang belum lagi dibongkar sehabisnya. Kilang bio-diesel belum lagi mencapai kapasiti pengeluaran yang disasarkan disebabkan masalah bekalan.

JMM sama sekali tidak bersetuju mana-mana individu yang memegang jawatan penting di dalam sektor perbankan diberikan jawatan di dalam mana-mana GLC atau GLIC. Individu itu harus bebas membuat keputusan tanpa tekanan dari mana-mana pihak.

JMM yakin masih ramai lagi orang Melayu yang kompeten dan belum lagi memegang jawatan penting di dalam GLC perlu diberikan peluang bagi melahirkan pelapis untuk menggantikan generasi yang sedia ada.

GLC dan GLIC melibatkan kepentingan pemegang saham dan kebanyakkan adalah pembeli amanah saham dan pencarum KWSP. Kementerian Kewangan mesti mewajibkan kritiria perlantikan jawatan-jawatan penting seperti Lembaga Pengarah dan Pihak Pengurusan Tertinggi tidak dibenarkan dari individu yang pada masa yang sama memegang jawatan di GLC/GLIC yang lain.

Jawatan penting di dalam GLC/GLIC memerlukan individu tersebut mempunyai nilai diri yang berpaksikan kepada jujur dan amanah. Jujur di dalam melaksanakan kepentingan pemegang-pemegang saham dan mengenepikan kepentingan diri di dalam mana-mana keputusan dan pemilihan.

Sudah pastinya, Dato Mohd Bakke Salleh sedar tentang tanggungjawab besar yang diamanahkan kepada beliau di Bank Islam dan Felda Global Ventures Holding Sdn Bhd dan sudah semestinya sebagai seorang yang mempunyai latarbelakang Akauntan beliau tahu "rule of thumbs" "numbers is fact and it doesn't lie, 1 individual = 1 task for a big corporation and the formula doesn't jive for 1 individual = 3 corporation.

No comments:

Post a Comment