KUALA LUMPUR 12 Jun - Sikap ahli lembaga pengarah Sime Darby Berhad (Sime Darby) yang berdiam diri berhubung isu kerugian lebih RM1.63 bilion konglomerat itu menjejaskan integriti kaum Melayu di negara ini.
Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, ini kerana lebih 50 peratus daripada ahli lembaga pengarah itu merupakan tokoh korporat Melayu dan sehingga kini tiada seorang pun yang memberi penjelasan.
Justeru, katanya, keadaan itu boleh menimbulkan pelbagai persepsi di kalangan masyarakat bahawa para pemimpin Melayu tidak mampu bekerja dengan baik serta enggan bertanggungjawab ke atas sesuatu kesalahan.
Dengan mengambil contoh bekas Perdana Menteri Jepun, Yukio Hatoyama, kata beliau, tindakannya yang meletakkan jawatan ekoran gagal memenuhi janji pilihan raya negara berkenaan baru-baru ini adalah sesuatu yang dihormati.
"Jika kita bersalah sekalipun, kita harus mengaku demi menjaga kehormatan diri dan tindakan (Sime Darby) berdiam diri hanya mengeruhkan lagi keadaan," katanya dalam kenyataan kepada Mingguan Malaysia hari ini.
Pada 13 Mei lalu, Sime Darby mengumumkan kerugian lebih RM1.63 bilion berikutan berlakunya lebihan kos dalam beberapa projek di bawah Bahagian Tenaga dan Utilitinya.
Beberapa hari kemudian, Pengerusi Sime Darby, Tun Musa Hitam mengumumkan beliau dan ahli lembaga pengarahnya bersedia meletakkan jawatan masing-masing sekiranya siasatan yang dijalankan kini mendapati mereka bersalah.
Musa bagaimanapun tidak menetapkan sebarang tarikh bagi siasatan itu dilengkapkan dan sehingga kini kesemua ahli lembaga pengarah terlibat masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.
Azwanddin menambah, para tokoh korporat Melayu itu harus menunjukkan contoh baik dengan bersikap lebih telus sebagai ikutan golongan muda kaum berkenaan.

-source Utusan Malaysia 12/06/2010
No comments:
Post a Comment