Monday, June 14, 2010

Kenyataan Media - Lembaga Pengarah Tunjukkan Intergriti

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) berasa amat kesal dan kecewa dengan sikap Ahli Lembaga Pengarah Sime Darby yang kini masih lagi tidak tampil memberikan penjelasan mengenai kerugian yang ditanggung oleh Sime Darby sebanyak RM1.63 billion.

Sebagai Pengarah di dalam syarikat GLCs, mereka telah diamanahkan untuk menjaga kepentingan kerajaan dengan memastikan syarikat-syarikat GLCs ini diurustadbir dengan effektif dan effisien.

JMM khuatir dengan sikap berdiam diri Ahli Lembaga Pengarah Sime Darby akan menunjukkan satu perbandingan yang tidak baik kepada Pengarah-Pengarah di dalam GLC yang lain. Jika mereka ini yang rata-ratanya dihormati dan dijadikan idola oleh golongan muda membisu dengan kerugian yang ditanggung oleh Sime Darby, bagaimana pula dengan Pengarah-Pengarah yang lain didalam GLCs yang mengalami kesilapan yang sama?

Apakah yang telah berlaku sewaktu pembentangan untuk mendapat kelulusan mengenai projek hidroelektrik Bakun dan Maersk Oil Qatar kepada Ahli Lembaga Pengarah Sime Darby? Adakah mereka telah membuat keputusan secara kolektif meluluskan lebihan kos yang bernilai RM754 juta? Tidak adakah sesiapa dari Ahli Lembaga Pengarah ini yang tidak bersetuju dan membantah kelulusan tersebut?

Berdasarkan merit kelayakkan kebanyakan Ahli Lembaga Pengarah Sime Darby yang telah dilantik ini, JMM merasa agak musykil mereka tidak memahami tentang kos lebihan yang telah berlaku. Jika dilihat dari kedudukan mereka pada waktu ini, jelas sekali mereka mungkin hanya menjadikan GLC sebagai tempat persedian untuk bersara. Cukup bagi mereka mendapatkan bayaran elaun sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan mengabaikan amanah dan kepercayaan yang telah diberikan bak kata pepatah melayu “seperti melepas batuk ditangga”.

Kenyatan Tun Musa Hitam, Pengerusi yang berani dan mempunyai integriti untuk tampil memberikan penjelasan kepada rakyat Malaysia. Langkah beliau harus dicontohi oleh Pengarah-Pengarah Sime Darby yang lain.

Mengapa Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, Tan Sri Samsuddin Osman, Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Wan Mohd Nordin dan Tan Sri Dr. Ahmad Tajuddin Ali perlu menyorok dibelakang Tun Musa Hitam sedangkan mereka ini merupakan tokoh terkenal dan berpengaruh disektor konglemerat.

Adakah mereka ini dibayar gaji untuk mengamalkan sintom berdiam diri? Jika benarlah sedemikian maka jelas sekali mereka tidak mempunyai intergriti (lack of intergreti) bagi memikul tanggungjawab terhadap sebarang kesalahan dan kesilapan yang telah berlaku. Jangan hanya ingin tampil untuk mengecap kejayaan dan bersembunyi jika perlu dipertanggungjawab di atas kesilapan yang berlaku.

Adalah sesuatu yang memalukan sekiranya mereka terus mengambil sintom berdiam diri ini akan dijadikan ikutan oleh mereka yang apatah lagi kurang terkenal dan berpengaruh.

JMM bertegas dan meminta kesemua Ahli Lembaga Pengarah Sime Darby harus berani tampil memberikan penjelasan kepada rakyat Malaysia. Mereka ini telah dilantik dan mendapat elaun diatas perlantikkan mereka tidak perlu berselindung hanya kerana mahu mengambil langkah mudah dan selamat untuk menjaga kepentingan mereka sebagai Ahli Lembaga Pengarah Sime Darby.


Terima Kasih
Yang Benar,
Azwanddin Bin Hamzah

No comments:

Post a Comment