Saturday, May 15, 2010

Lambakkan Bekas Pegawai Dana Harta didalam GLC's


Pemilihan seperti Dato Azman Yahya, Dato Bakke Salleh, Dato Zukri Samad, Dato Ismee Ismail, Dato Abdul Rahman Ahmad, Dato Sharil Ridza Ridzuan, Dato Ahmad Zulqarnaian Onn, Dato Idrose Mohamed, Dato Fazrul Rahman Ebrahim menimbulkan banyak persoalan mengenai pemilihan mereka di dalam jawatan-jawatan penting di dalam GLC.

Mereka-mereka yang telah diberikan perlantikkan jawatan yang penting didalam GLC dan keseluruhannya mempunyai pengalaman bekerja di dalam Dana Harta Berhad. Adakah perlantikkan mereka ini pilih di atas merit kelayakkan dan pengalaman serta kejayaan lampau yang dijadikan kriteria pemilihan atau perlantikkan mereka dibuat diatas kenalan, rakan sekerja atau kronisme?

JMM memohon penjelasan dari Tan Sri Nor Mohamed Yakcop kerana beliau sememangnya mempunyai maklumat mengenai perlantikkan mereka dan perlantikkan ini telah dibuat semasa beliau menjadi Menteri Kewangan II. Wajarkah Dato Bakke Salleh diberikkan tanggungjawap sebagai CEO di dalam Felda dan pada masa yang sama menjadi Pengerusi Bank Islam?

Khazanah telah membuat keputusan yang tidak beretika ketika menyelia pelaburan Pos Malaysia Berhad di dalam Transmille Group. Adakah Khazanah menilai dan mengkaji lapuran dari penilai bebas mengenai risiko pelaburan sebelum mengambil keputusan melaburkan wang Pos Malaysia didalam Transmille?

Tan Sri Azman Mokhtar yang juga secara kebetulan mempunyai pengalaman dari Dana Harta, kini menjawat jawatan sebagai Managing Director didalam Khazanah Nasional Berhad perlu mengambil tanggungjawab terhadap kerugian Pos Malaysia Berhad.

Tan Sri Nor Mohammed Nor Yakcop juga perlu memberikan alasan dan penjelasan yang tepat mengapa Pos Malaysia diserahkan kepada Khazanah Nasional dari Kementerian Kewangan. JMM bersetuju dengan kenyataan Presiden Pakku, Tan Sri Adam Kadir bahawa ''Amerika Syarikat (AS) juga tidak pernah menswastakan khidmat pos. Perkhidmatan pos di AS adalah di bawah kerajaan. Mengapa secara tiba-tiba Pos Malaysia mahu diswastakan sepenuhnya?''

Layak juga Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berdiam diri kerana jika beliau mempunyai penjelasan yang tepat pastinya beliau akan tampil kehadapan dan menerangkan terperinci mengenai penjelasan yang diminta oleh JMM, Pakku, YB Ezam Mohd Nor dan ramai lagi yang pernah membangkitkan isu ini didalam Dewan Negara.

Jika Khazanah sendiri melakukan kesilapan didalam menguruskan Pos Malaysia, bagaimana pula dengan dengan GLC yang lain?
JMM merasakan pihak Kemeneterian Kewangan perlu melihat semula struktur GLC sedia ada memastikan pengurusannya ditadbir dengan effektif dan effisyen selaras menepati kehendak dan aspirasi penubuhannya.