KUALA LUMPUR 12 Jun - Sikap ahli lembaga pengarah Sime Darby Berhad (Sime Darby) yang berdiam diri berhubung isu kerugian lebih RM1.63 bilion konglomerat itu menjejaskan integriti kaum Melayu di negara ini.Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, ini kerana lebih 50 peratus daripada ahli lembaga pengarah itu merupakan tokoh korporat Melayu dan sehingga kini tiada seorang pun yang memberi penjelasan.
Justeru, katanya, keadaan itu boleh menimbulkan pelbagai persepsi di kalangan masyarakat bahawa para pemimpin Melayu tidak mampu bekerja dengan baik serta enggan bertanggungjawab ke atas sesuatu kesalahan.

