Wednesday, January 30, 2013

Guan Eng perlu bertanggungjawab


KUALA LUMPUR 3 Jan. - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng perlu bertanggungjawab terhadap keengganan pengerusi parti itu, Karpal Singh menarik balik kenyataan yang direkodkan di dalam hansard di Parlimen pada Oktober 1997.


Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah berkata, kenyataan yang dibuat oleh Karpal itu amat serius kerana beliau mendakwa mempunyai bukti kukuh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam kegiatan liwat.

“Jika Karpal enggan menarik balik kenyataan, maka cadangan Anwar sebagai calon Perdana Menteri pakatan adalah satu pembohongan besar daripada DAP.

“Saya ingin bertanya siapakah calon Perdana Menteri yang sebenar bagi DAP jika pakatan menang? Siapakah yang bakal dilantik oleh keluarga Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri?" katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, berhubung isu kalimah Allah, Azwanddin mempersoalkan Guan Eng yang hanya menggesa kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu dan tidak kepada Bible bahasa Cina dan bahasa Tamil.

“Mengapa Lim Guan Eng tidak mahu gunakan kalimah Allah dalam bahasa Cina dan Tamil? Adakah tujuannya untuk menyasarkan kepada anak muda Islam dan bangsa Melayu?" kata beliau.

Ujarnya, JMM amat bimbang penggunaan kalimah Allah dalam bahasa Melayu akan membawa kepada gerakan terancang bagi menyesatkan umat Islam di negara ini.

Tambah Azwanddin, beliau juga bimbang sekiranya ada pihak yang kemudiannya menyatakan Bible versi bahasa Melayu membawa ajaran yang sama seperti dalam al-Quran.


Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment