Sunday, November 4, 2012

Kenyataan JMM berkaitan isu Nazri


KUALA LUMPUR 3 Nov. - Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah berpendapat, dakwaan yang dibuat oleh Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli mengenai hubung kait antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dengan ahli perniagaan balak, Michael Chia mampu menjadi isu kepada kerajaan.


BERIKUT adalah kenyataannya:

1. Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mungkin akan menjadi 'political liability' kepada Barisan Nasional (BN) jika benar desas-desus mengatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ada banyak simpan rahsia hitam membabitkan seorang ahli keluarga beliau. Anwar pasti akan ambil kesempatan ini untuk peras ugut sesiapa saja jika beliau berpeluang. Kita semua tahu bekas ahli PKR memang tahu sangat dengan cara 'political blackmail' jika serasi dengan falsafah politik Anwar. Tindakan Rafizi baru-baru ini mungkin ibarat 'the first show' sahaja.

2. Anwar sekarang di dalam keadaan politik yang amat terdesak dan beliau tidak teragak-agak untuk melakukan apa sahaja untuk dapat selamatkan Suaram. Suaram merupakan 'weapon of last resort' kepada Anwar untuk menyerang pemimpin dan agensi kerajaan BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

3. Anwar juga sedar bahawa Suaram sekarang berada dalam situasi yang amat tenat dan Anwar perlukan orang dalam BN untuk memberi ruang bagi Suaram bernafas pada saat genting. Komplot Scorpene mula dirancang oleh Anwar pada September 2004 di Munich dan peranan utama diberi kepada operator Suaram yang hanya sebuah syarikat sdn. bhd. tetapi berlagak seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kononnya mewakili rakyat Malaysia.

4. Ramai yang membuat tafsiran bahawa tindak-tanduk Mohamed Nazri kebelakangan ini seolah-olah memberi talian hayat kepada Suaram. Mungkin perkara ini berlaku secara 'coincidence' atau mungkin tidak.

5. Walaupun ramai antara kita yang menghormati keadaan Mohamed Nazri tetapi kita semua lebih mementingkan keselamatan dan kedaulatan Parlimen serta negara ini. Menteri yang menjaga kes-kes rasuah perlu memiliki imej bersih dan disegani. Menteri tersebut perlu menerima hakikat sebenar keadaan dan dilema politik beliau ketika ini.


Sumber: © Utusan Melayu (M) Bhd