Kuala Lumpur: SUARAM perlu menjelaskan
kaitan peguam hak asasi manusia Perancis, William Bourdon yang dibawa mereka ke
Malaysia untuk memberi taklimat berhubung isu kapal selam Scorpene dengan
George Soros.
Bourdon didakwa pernah menjadi peguam
George Soros dalam beberapa kes berhubung isu perdagangan mata wang
antarabangsa.
Oleh itu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia
(JMM), Azwandin Hamzah, berkata SUARAM perlu memberi penjelasan kaitan Soros
dengan Bourdon.
"Kita khuatir Soros menggunakan SUARAM
untuk mengucar-kacirkan negara," katanya, semalam.
Sementara itu, enam badan bukan kerajaan
(NGO) semalam membuat laporan polis berhubung kenyataan Pengarah Eksekutif
SUARAM, Cynthia Gabriel mengenai dua peguam Perancis akan ke Malaysia untuk
memberi taklimat mengenai isu Scorpene. Mereka mendesak Kementerian Dalam
Negeri (KDN) menghalang kemasukan Bourdon dan Joseph Breham ke negara ini.
Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia,
Dzulkarnain Taib, yang mewakili lima NGO lain, berkata tindakan SUARAM membawa
dua peguam Perancis menunjukkan sifat angkuh mereka untuk terus mencampuri
urusan dalaman negara.
"Mahkamah di Perancis menolak
permohonan SUARAM menjadi plaintif dalam kes itu. Jadi, mengapa perlu menjaja
cerita di dalam dan luar negara?
"Ini adalah fitnah supaya orang luar
akan memberi pandangan negatif terhadap Malaysia," katanya.
No comments:
Post a Comment