Presidennya, Azwanddin Hamzah, berkata NGO berdaftar sebagai syarikat sendirian berhad itu berperanan sebagai pusat transit akaun, manakala gerakan aktiviti terancang dan bersepadu pula didalangi individu tertentu, termasuk pemimpin parti pembangkang.
Kegiatan itu katanya, semakin serius sejak kebelakangan ini sehingga mewujudkan kelompok besar yang berani menyuarakan kebebasan LBGT, termasuk menggesa kerajaan mengiktiraf kedudukan mereka seperti perkahwinan sesama sejenis serta menghapuskan undang-undang homoseksual.
"Saya mempunyai bukti yang menunjukkan dana jutaan ringgit dari NGO luar negara disalurkan terus kepada NGO tempatan serta pemimpin pembangkang ini atas nama kegiatan memperjuang hak asasi manusia dan kebebasan bersuara.
"Penularan LGBT dan seks bebas ini dijalankan secara terancang bertujuan merosakkan anak bangsa Malaysia dan meruntuhkan agama. Apa yang membimbangkan terdapat pemimpin pembangkang turut bersekongkol dengan mempromosi kegiatan ini demi memancing undi pada pilihan raya umum akan datang.
"Oleh itu, saya dan lebih 30 NGO lain akan melancarkan perhimpunan besar-besaran untuk menyuarakan bantahan dan mendedahkan kegiatan mereka pada 21 April ini di Dataran Merdeka. Saya juga akan mengemukakan semua bukti yang ada pada hari perhimpunan berkenaan," katanya pada sidang media di Taman Melawati, dekat sini, semalam.
Sementara itu, Sheikh Weshal berkata pihaknya menyokong perhimpunan itu dan akan mengadakan sesi jelajah ke seluruh negara bagi menarik penyertaan semua peringkat untuk menghadiri perhimpunan berkenaan..
No comments:
Post a Comment