Tuesday, January 31, 2012

Tindakan Majlis Peguam rosak masa depan generasi muda

prinsip demokrasi meletakkan kuasa di tangan suara majoriti, justeru suara minoriti yang beraliran songsang perlu mengubah pendirian dan gaya hidup masing-masing ke jalan yang lebih bermoral.

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak menyifatkan tindakan Majlis Peguam Malaysia menyokong kebebasan bersuara serta berhimpun oleh golongan homoseksual, biseksual, lesbian dan transeksual sebagai satu cubaan jahat untuk merosakkan masa depan generasi muda Malaysia.


Sokongan itu, kata mereka, dilihat sebagai satu bentuk dorongan untuk golongan terbabit terus mengamalkan kehidupan yang melanggar norma hidup manusia normal.

Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Syed Hassan Syed Ali, berkata semua agama melarang perlakuan seksual seperti itu dan sebarang perkara yang melanggar sensitiviti agama perlu diambil tindakan sewajarnya.

Katanya, Majlis Peguam sebagai sebuah badan mewakili institusi perundangan seharusnya memahami dengan jelas pengkhususan diberikan oleh Seksyen 377 Kanun Keseksaan sebelum bertindak mewakili suara minoriti itu secara terbuka.

"Saya tidak nampak mengapa golongan yang dengan sengaja melanggar undang-undang negara perlu dibela.

"Rakyat negara ini perlu menghormati prinsip pertama Rukun Negara iaitu kepercayaan kepada Tuhan yang membawa maksud semua individu yang beragama wajib mematuhi peraturan beragama masing-masing," katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah pula berkata, sokongan padu Majlis Peguam itu menimbulkan persoalan apakah mereka benar-benar ingin membela nasib golongan terbabit atau sekadar memperjuangkan kepentingan peribadi individu tertentu.

Beliau berkata, prinsip demokrasi meletakkan kuasa di tangan suara majoriti, justeru suara minoriti yang beraliran songsang perlu mengubah pendirian dan gaya hidup masing-masing ke jalan yang lebih bermoral.

"Jika mereka tahu bahawa suara minoriti itu tidak diterima oleh suara majoriti di negara ini, mengapa perlu terus berada di landasan yang sama? Menyokong dalam konteks ini adalah menggalakkan golongan berkenaan untuk terus bersikap songsang," katanya.

Azwanddin berkata, jika Majlis Peguam atau Lim Chee Wee sendiri benar-benar mengambil berat dan prihatin dengan nasib golongan berkenaan, beliau seharusnya berusaha membawa golongan itu ke jalan yang lurus, bukan sokong yang membawa rebah.

1 comment:

  1. Majlis Peguam tulah pembela sayangku.Hidup Majlis Peguam!Hidup Seksualiti Merdeka!Hidup Israel!

    ReplyDelete