Monday, January 30, 2012

Nik Aziz Tak Perlu Takut



drama dan lakonan Nik Aziz telah tiba ke akhir jalan dan rakyat boleh melihat dengan jelas.

KUALA LUMPUR : Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak perlu berdolak-dalih dan berasa takut untuk mengisytiharkan hartanya jika ia diperoleh secara benar.


Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Noorizawati Ahmad Zulkifli berkata, pemimpin pembangkang terutama Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli perlu mendesak Nik Aziz dan menantunya Abdul Ariffahmi Ab. Rahman serta Exco kerajaan Pas Kelantan untuk berbuat demikian.


“Jangan pula cuba menggunakan agama untuk mengaburi mata rakyat bagi tidak mengisytiharkan harta mereka dan mengelak diri bagi menjelaskan perkara sebenar kepada rakyat.




“Rakyat Malaysia diharap dapat membuka mata dan tertanya mengapa Nik Aziz dan menantunya takut untuk mengisytiharkan harta,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nik Aziz sebelum ini berkata, beliau juga bersedia mengisytiharkan hartanya sekiranya ia menjadi satu peraturan wajib, namun berpendapat menanam sifat takwa adalah lebih penting daripada mengisytiharkan harta.

Kelmarin, Timbalan Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ikhsan Wan Muhammad mendesak Saifudin dan Rafizi mengesa Nik Aziz dan menantunya mengisytiharkan harta masing-masing sebelum meminta orang lain berbuat demikian.

Langkah itu penting bagi menunjukkan pemimpin pembangkang juga telus dan mahukan kebenaran kerana terdapat dakwaan berlaku penyelewengan dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang sebelum ini diterajui oleh Menteri Besar dan menantunya itu.

Tambah Noorizawati, drama dan lakonan Nik Aziz telah tiba ke akhir jalan dan rakyat boleh melihat dengan jelas.


Sumber: Utusan Malaysia