Monday, July 11, 2011

Anwar pakar 'jalan belakang'

"Sekali lagi Anwar membuktikan dirinya adalah pakar mendapatkan sesuatu dari 'jalan belakang'.


KUALA LUMPUR 9 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa memperalatkan Datuk S. Ambiga untuk memimpin perhimpunan haram pada kali ini kerana tahu rakyat sudah sedar putar belit dan lakonan beliau.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, rakyat juga sudah tidak percaya kepada Anwar dan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail termasuk anaknya, Nurul Izzah untuk memimpin perarakan.

"Sekali lagi Anwar membuktikan dirinya adalah pakar mendapatkan sesuatu dari 'jalan belakang'. Kita mahu tahu berapa banyak upah yang dibayar kepada Ambiga sehingga sanggup menjadi kuda tunggangan Anwar.

"Sehingga kini juga Ambiga masih belum memberi respons kepada pertanyaan dari Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin mengenai apa hukuman dari segi undang-undang jika seseorang itu membuat laporan palsu kepada polis," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Kira-kira 10,000 penyokong Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) tetap berdemonstrasi di sekitar ibu kota hari ini meskipun dihalang oleh pihak berkuasa.

Antara yang ditahan pada perhimpunan haram itu ialah Ambiga bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin pembangkang lain.

Dalam pada itu, bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, Ambiga telah dikambinghitamkan oleh Anwar supaya kerajaan, musuh politik termasuk rakyat keseluruhannya tidak lagi memberi tumpuan kepada kes yang sedang dihadapi beliau sekarang.

Katanya, perhimpunan Bersih pada hari ini juga bertujuan menarik perhatian rakan sekutu Yahudi dan negara luar seperti Amerika Syarikat, Britain dan Australia sebagai mendapat simpati politik dan salah guna kuasa.

"Anwar mempergunakan Ambiga yang merupakan seorang penyokong murtad hanya untuk menilai dan mengkaji keteguhan iman dan pemikiran masyarakat Melayu Islam serta pemimpin ulama adakah mereka masih masih lagi kuat dan semangat kasihkan sesama bangsa dan Islam.

"Justeru, ideologi Parti Komunis Malaya (PKM) secara tidak langsung mudah untuk diserap masuk dalam pemikiran rakyat," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment