Wednesday, July 13, 2011

Pas sekongkol dengan musuh Islam

Ia turut menunjukkan bahawa parti itu telah melanggar perintah Allah sehingga sanggup diperalatkan oleh pihak yang cuba menumbangkan kerajaan Islam

KOTA BHARU 12 Julai – Tindakan Pas menyertai perhimpunan haram Bersih pada Sabtu lalu telah membuktikan parti berkenaan sanggup menjadikan musuh Islam sebagai kawan semata-mata untuk mencapai matlamat politik mereka.

Sehubungan itu bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris menyifatkan Pas sudah dipergunakan oleh pakatan ahzab bagi menjatuhkan kepimpinan Islam di negara ini.

‘‘Ia turut menunjukkan bahawa parti itu telah melanggar perintah Allah sehingga sanggup diperalatkan oleh pihak yang cuba menumbangkan kerajaan Islam,’’ katanya kepada Utusan Malaysia, di sini, hari ini.

Mohd. Noor diminta mengulas kenyataan Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang menyifatkan singkatan bagi Parti Islam SeMalaysia (Pas) sepatutnya ditukar kepada ‘Pengikut Ambiga Sreenavasan (PAS)'.

Sumber: Utusan Malaysia