Monday, August 8, 2011

Roboh asrama bukti kerajaan PKR Selangor zalim

Yayasan Selangor diwujudkan untuk menjaga kebajikan dan kepentingan pendidikan anak Selangor tetapi kini telah menjadi sebuah yayasan yang bertujuan membuat keuntungan

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Tindakan Yayasan Selangor mahu merobohkan asrama miliknya yang terletak di Kampung Pandan membuktikan kezaliman pentadbiran Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor terhadap rakyatnya sendiri.

Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, tindakan tersebut langsung tidak menggambarkan slogan yang dilaungkan oleh kerajaan negeri berkenaan sebelum ini iaitu 'Negeri Berkebajikan'.

Beliau juga menyifatkan keputusan kerajaan negeri serta pihak yayasan mahu merobohkan asrama yang telah berbakti kepada rakyat Selangor sejak lebih 30 tahun lalu itu sebagai tidak logik.

"Kerajaan negeri tidak mempunyai justifikasi untuk merobohkan asrama yang telah berjasa, sedang berjasa dan akan berjasa kepada anak Selangor dalam memberikan kebajikan pendidikan. Ramai anak Selangor yang berjaya dalam pelajaran hasil mendiami asrama berkenaan sejak tahun 1970-an lagi.

"Jadi keputusan untuk merobohkan asrama tersebut adalah tidak logik. Tindakan tersebut akan membunuh masa depan anak-anak Selangor yang berpotensi dalam pelajaran," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas nasib 463 pelajar asrama tersebut yang bakal terjejas sekiranya kerajaan negeri dan Yayasan Selangor kekal dengan keputusan untuk merobohkan asrama berkenaan.

Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur ditubuhkan pada 1975 bagi memberi peluang kepada pelajar dari kawasan kampung di Selangor melanjutkan pelajaran di sekolah terpilih sekitar Lembah Klang.

Asrama tersebut terdiri daripada Asrama Tun Dr. Ismail yang menempatkan pelajar lelaki manakala Asrama Toh Puan Norashikin menempatkan pelajar perempuan.

Kebanyakan mereka dihantar ke Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria, Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas dan Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist.

Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah juga sependapat dengan Hamidzun bahawa tindakan kerajaan negeri Selangor itu membuktikan kerajaan berkebajikan yang diperjuangkan selama ini hanyalah retorik.

"Yayasan Selangor diwujudkan untuk menjaga kebajikan dan kepentingan pendidikan anak Selangor tetapi kini telah menjadi sebuah yayasan yang bertujuan membuat keuntungan.

"Jelas wujud unsur salah guna kuasa telah berlaku dalam yayasan tersebut," jelas

Sumber: Utusan Malaysia