Thursday, April 7, 2011

Takut DiMakan Sumpah

"Anwar yang kononya hebat pun tidak berani bersumpah. Inikan pula anak dan isterinya",

KUALA LUMPUR - Takut dimakan sumpah.

Itulah kesimpulan dibuat berikutan keengganan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail dan anak perempuannya Nurul Izzah untuk bersumpah laknat berhubung isu video seks yang dikait dengan Datuk seri Anwar Ibrahim.

Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaludin berkata, tindakan kedua-dua wanita penting dalam hidup Penasihat PKR itu memang sudah dijangkakan.

"Anwar yang kononya hebat pun tidak berani bersumpah. Inikan pula anak dan isterinya", katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baru-baru ini sebuah akhbar tabloid melaporkan Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR berkata, beliau tidak akan bersumpah laknat walaupun polis mengesahkan video seks itu adalah tulen.

Mengulas lanjut, Farahana menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu sebagai 'bapa borek anak rintik' kerana mewarisi sikap Anwar yang gemar berdolak-dalih.

Sumber: Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment