Friday, April 8, 2011

Jenayah rasuah didalangi oleh sindiket

1. SPRM harus kekal dengan sifat tegas, berani dan tidak bertolak ansur terhadap kesemua suspek dan penjenayah rasuah. Jika tidak negara akan hancur disebabkan ankara gejala rasuah. Bagi saya apabila suspek jenayah rasuah sanggup bunuh diri daripada menghadapi mahkamah menujuk bahawa usaha dan kerja SPRM berkesan.


2. Ini juga menunjukkan bahawa SPRM tidak boleh dibeli oleh penjenayah rasuah. Ini merupakan satu usaha tranformasi kerajaan yang kita boleh lihat telah menunjukkan keberkesanan nya.

3. Memandangkan ketegasan dan keberanian SPRM di dalam menangkap penjenayah rasuah, saya kira akan ada banyak lagi kes bunuh diri akan berlaku. Sikap tiada tolak ansur SPRM akan memberi tekanan jiwa yang hebat terhadap penjenayah rasuah. SPRM harus mengambil tindakan yang diperlukan bagi menutupkan peluang untuk suspek atau penjenayah rasuah membunuh diri dan lari dari pintu mahkamah.

4. Selari dgn objeftif perjuangan JMM yang  meletakkan jujur dan amanah sebagai asas perjuangan JMM juga berjuang untuk menengakkan intergriti golongan yang mengurus sumber asset negera. Perbuatan rasuah sangat ditentang dan ianya satu perbuatan jenayah yang keji.

5. Namun begitu mereka yang terlibat ini tidak pernah takut untuk melakukan rasuah atau tidak pernah takut mengambil jalan singkat menyelesaikan masalah tetapi mereka sebenarnya lebih lebih takut kepada sindiket yang selama ini menjadikan mereka sebagai kaldai bagi menjayakan aktiviti jenayah ini.

6. Mungkin juga sindiket inilah yang selalu memberikan tekanan dengan melakukan pelbagai ugutan supaya identiti sebenar mereka yang terlibat tidak didedahkan oleh kaldai-kaldai mereka yang telah ditangkap oleh SPRM dan akhirnya mereka yang disiasat oleh SPRM lantas mengambil jalan mudah melompat keluar dari tingkap.

6. JMM mengajak dan menyeru semua lapisan pemimpin dan masyarakat tidak mengira umur dan kaum untuk sama sama menyokong usaha yg ditunjukan oleh SPRM.





AZWANDDIN HAMZAH

Yang DiPertua Kebangsaan

3 comments:

  1. saya ingin bertanya dengan saudara azwanddin, saudara ni seorang hakim ke atau ketua penyiasat csj? bagaimana saudara tahu Allahyarham Ahmad Sarbani bunuh diri, sedangkan perkara ini masih lagi dalam siasatan. saudara ni memang bangang, mengapa saudara sanggup mengaibkan orang lain sebegini rupa. biarkan siasatan selesai, barulah bagi kenyataan. seharusnya saudara mesti bertaubat dan meminta maaf daripada keluarga Allahyarham. janganlah saudara buat kenyataan ikut syok sendiri.

    ReplyDelete
  2. apa masalah korg ni?? jaringan melayu?? perghh.. korg suka sngat menghukum org yg belum bersalah/ terbukti..
    bedosa tau tak.. ish ish ish...

    ReplyDelete