Thursday, April 14, 2011

Siasat dakwaan Raja Petra - JMM buat lapuran Polis

  Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) pada hari ini tampil membuat satu lapuranPolis terhadappengakuan Raja Petra Kamaruddin yang disiarkan di akhbar pada Utusan pada hari ini.



JMM telah meminta pihak Polis menyiasat pengakuan Raja Petra yang telah menamakan beberapa individu iaitu Nik Azmi Nik Daud, John Pang, penulis blog Din Merican dan Kolonel Azmi Zainal Abidin sebagai individu yang bertanggungjawab menyalurkan maklumat kepada beliau untuk dimasukkan ke dalam Akuan Bersumpah yang Raja Petra telah buat pada 18 Jun 2008.

JMM juga meminta supaya dakwaan Raja Petra yang didesak untuk mengeluarkan Akuan Bersumpah adalah disebabkan oleh komplot yang dijalankan oleh beberapa individu yang tidak mahu melihat Datuk Seri Najib menggantikan Pak Lah sebagai Perdana Menteri.

4. Pihak Polis juga harus menyiasat secara terperinci dan bertindak tegas dengan memanggil individu-individu yang disebut oleh Raja Petra mengenai peranan mereka di dalam komplot untuk memfitnahkan Datuk Seri Najib dan apakah agenda sebenarnya mereka yang terlibat seperti di dakwa oleh Raja Petra.

5. Siasatan secara menyeluruh ini perlu dilakukan segera kerana sebelum ini Perdana Menteri Malaysia telah difitnah dengan niat jahat dan dasyatnya. Sekiranya dakwaan ini benar, JMM berasa sangat kesal dengan penglibatan mereka-mereka yang terlibat melakukan perbuatan jenayah memfitnah.

No comments:

Post a Comment