Abu Kassim tidak perlu melayan desakan pembangkang supaya meletak jawatan sebaliknya perlu terus telus, berani dan tegas menjalankan tanggungjawab khususnya memerangkap 'jerung' dalam usaha membanteras gejala rasuah di negara ini
KUALA LUMPUR 10 April - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak perlu melatah dengan pelbagai spekulasi yang dilemparkan berikutan kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed.
KUALA LUMPUR 10 April - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak perlu melatah dengan pelbagai spekulasi yang dilemparkan berikutan kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed.
Penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim berkata, agensi penguatkuasaan itu tidak perlu takut dan tunduk dengan tekanan mana-mana pihak selagi mereka menjalankan tanggungjawab mengikut lunas dan prinsip undang-undang.
Malah beliau amat yakin SPRM sentiasa konsisten dalam setiap tindakan serta mengikut standard prosedur sama yang diguna pakai seluruh agensi penguatkuasaan undang-undang dunia.
"Adalah mendukacitakan apabila insiden itu berlaku tetapi lebih menghibakan apabila ramai membuat kecaman tanpa menunggu fakta dan usul periksa.
"Sedangkan orang ramai perlu menghormati dan menjaga maruah kedua-dua belah pihak iaitu pihak keluarga dan pihak berkuasa yang sedang menjalankan siasatan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Malangnya, Kamal Affandi berkata, ada kalangan pihak tertentu sengaja memainkan sentimen berbahaya dan bukan berdasarkan fakta bertujuan mengecam dan mencemar nama baik agensi berkenaan.
Spekulasi ramai seperti desakan dan tekanan hebat kepada Ahmad Sarbani sehingga melakukan sesuatu yang di luar jangkaan termasuk membunuh diri, kata beliau, adalah tidak munasabah kecuali seseorang itu tidak dapat memisahkan diri daripada fantasi dan realiti.
Justeru beliau menyarankan semua pihak termasuk penulis blog agar tidak mudah membuat andaian sendiri sebaliknya melaporkan sesuatu maklumat yang mereka peroleh kepada pihak bertanggungjawab.
''Jangan membuat sebarang andaian semata-mata untuk faedah diri sendiri," katanya sambil menyifatkan desakan supaya Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed meletak jawatan sebagai sesuatu yang tidak rasional.
Sementara itu Yang di Pertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah berpendapat, Abu Kassim tidak perlu melayan desakan pembangkang supaya meletak jawatan sebaliknya perlu terus telus, berani dan tegas menjalankan tanggungjawab khususnya memerangkap 'jerung' dalam usaha membanteras gejala rasuah di negara ini.
Keberanian agensi penguatkuasaan tersebut sejak kebelakangan ini perlu diteruskan dan orang ramai perlu memberi peluang kepada mereka menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya.
Malah beliau amat bersetuju dengan kaedah siasatan terbaru SPRM yang mengarahkan semua urusan melibatkan orang yang dituduh, disyaki, saksi atau pengadu diselesaikan di aras bawah bangunan suruhanjaya itu selain pengawasan sepanjang masa oleh pegawainya
No comments:
Post a Comment