Wednesday, April 13, 2011

Pertahan pelakon video seks

“Saya mewakili anak muda Islam generasi baru menganggap Nik Abdul Aziz sebagai ‘pelacur politik’ yang bertopengkan agama untuk meraih kuasa dan takhta. Moralnya sama taraf seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ayah Pin,”

KUALA LUMPUR 9 April – Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat digesa melepaskan jawatan Mursyidul Am Pas dan diminta tidak menjadi pemimpin hipokrit, pembohong dan pelacur kepada agama sendiri.


Pengarah Kebangsaan Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Hamdan Mohd. Salleh (gambar) membuat desakan itu ekoran tindakan Nik Abdul Aziz yang hanya menyalahkan orang yang merakam serta mengedar video seks mengaitkan seorang pemimpin kanan pembangkang dan bukan pelaku aksi itu.

“Sesuatu yang menghairankan apabila Nik Abdul Aziz tidak marah kepada pelakon video seks itu, malah mempertahankan pelakon tersebut. Dengar kata, beliau sedang mencari ilham untuk mengeluarkan fatwa yang boleh diguna pakai untuk menghalalkan adegan pelakon tersebut.

“Saya mewakili anak muda Islam generasi baru menganggap Nik Abdul Aziz sebagai ‘pelacur politik’ yang bertopengkan agama untuk meraih kuasa dan takhta. Moralnya sama taraf seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ayah Pin,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Nik Abdul Aziz yang tidak percaya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) ialah individu yang berada dalam rakaman video seks yang didedahkan trio ‘Datuk T’ baru-baru ini.

Menteri Besar Kelantan itu sebaliknya menyalahkan jurukamera dan pengedar video seks itu, serta menyifatkan rakaman video tersebut sebagai satu pembohongan besar untuk menjatuhkan maruah Anwar.

Mengulas lanjut, Hamdan berkata, anak muda Islam generasi baru tidak sanggup melihat penipuan Nik Abdul Aziz yang mengunakan jawatan dan status Mursyidul Am untuk memperlekehkan Islam dan orang pondok.
“Bagaimanapun, kami tahu Nik Abdul Aziz seorang Mursyidul Am dan Menteri Besar yang angkuh dan bongkak, maka sudah pasti beliau tidak akan mendengar suara kami anak muda Islam generasi baru,” katanya.

sumber: Utusan Malaysia

2 comments:

  1. kah kah kah..
    lawak betul korg ni..
    ada kuasa sakti ke leh tau sapa pelakun seks tu??
    mufti kat malaysia pn x brani nak tuduh..
    korang ni lebih tnggi dri mufti ke??
    cuba tnya diri sendiri...
    rasa2 korg ni buat blog atas dasar islam ke dasar apa???
    x rasa bedosa ke??
    kah kah kah..
    kesian dgn korang.. cuma org2 yg terdesak je gun pendekatan blog yg mcm ni..

    fakta: org yg anda tuduh pelakun video seks masih berlum dibuktikan.
    fakta: TGNA trmasuk mufti2 malaysia tidak suka dgn cara pendedahan video seks ini.
    fakta: org2 yg tidak beragama dan berotak sahaja yg menuduh org yg belum dibuktikan bersalah.
    fakta: membesar-besarkan cerita tanpa membawa apa2 bukti umpama menghukum org yg belum bersalah..
    fakta: DSAI telah menjadi mangsa hukuman sblm mana2 pihak termasuk polis/makhamah mendapat bukti bahawa pelakun video tersebut adalah DSAI.
    fakta: fitnah itu lebih teruk dari membunuh.
    fakta: org islam sejak dari kecil telah diajar tntang buruk baik fitnah.
    fakta: dlm islam ada diajar tentang apa itu fitnah dan hukumnya.
    fakta: dlm al-quran juga ada sebut tentang fitnah.

    ReplyDelete
  2. Rawatan Dan penyembuhan NO.1 - sebenarnya dia orang kat JMM ni berada di zaman jahiliyyah, selalu sangat jatuhkan hukuman sebelum perbicaraan. sesuailah pertubuhan JMM (Jahiliyyah Melayu Malaysia)

    ReplyDelete