Friday, September 3, 2010

Siasat Hubungan Malaysian Insider dengan BENDERA

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) meminta pihak berkuasa di negara ini untuk menjalankan siasatan segera mengenai pendedahan penglibatan Malaysian Insider dengan pemimpin BENDERA dan Gerakan Anti Malaysia seperti yang dilapurkan pada 2hb September 2010.

JMM sebelum ini telah beberapakali mendedahkan penglibatan Dato Seri’ Kalimulah, Shaikh Aqmal dan Sreedhar Subramaniam (salah seorang pengasas Malaysian Insider) di dalam penajaan Malaysian Insider, melalui Regalia Records Managements anak syarikat kepada VPI International yang telah mendapat kontrak kerajaan dipercayai secara paksa.

Pendedahan JMM sebelum ini menganggap bahawa Malaysian Insider hanya bermotifkan untuk memperburuk-burukkan kepimpinan politik negara sahaja. Setelah dinilai dakwaan hubungan Malaysian Insider dengan tiga pemimpin Bendera, JMM khuatir sekiranya Malaysian Insider mempunyai agenda yang lebih besar lagi bukan sahaja tertumpu kepada propaganda isu-isu sensitive menjurus kepada perkauman dan agama di dalam negara malah mengatur dan menjalankan agenda serta propaganda untuk merosakkan hubungan akrab Malaysia dan Indonesia.

JMM mendesak pihak berkuasa yang berkaitan menjalankan siasatan segera dan terperinci mengenai yang berikut:-

1. Kesemua individu-individu lain yang terlibat di dalam Malaysian Insider bermula dari tahun 2004?

2. Individu-individu ataupun organisasi lain yang menaja portal ini?

3. Hubungkait individu-individu ataupun organisasi tersebut dengan negara jiran kita yang akan menerima keuntungan hasil dari hubungan tegang Malaysia dan Indonesia?

JMM sangat muskyil mengenai agenda politik ketiga-tiga pemimpin Bendera yang berbangsa Batak berugama Kristian tersebut yang mempunyai hubungan dengan Malaysian Insider. Mereka juga perlu memberikan penjelasan kepada rakayat Malaysia dan Indonesia mengenai hubungan mereka dengan Malaysian Insider seperti yang telah didedahkan.

Pencapaian, kejayaan dan pengiktirafan ke atas Malaysia di bidang politik dan ekonomi sememangnya hasil dan kerjasama sepadu seluruh rakyat di negara ini bersama-sama berganding bahu dengan kerajaan melaksanakan strategi-strategi yang effektif memastikan negara ini terus berdaya saing di peringkat global.

JMM yakin bahawa rakyat Malaysia lebih bijak megkaji dan menilai tindak tanduk mengapi-apikan sentimen kebencian seperti yang dijalankan oleh Bendera dan Gerakan Anti Malaysia merupakan salah satu provokasi yang dirancang.

Rakyat Malaysia dan Indonesia senantiasa yakin bahawa sebagai negara yang membangun dan pesat berkembang di rantau Asia Tenggara sudah pasti ada negara jiran yang ingin mencampuri urusan politik dan ekonomi di dalam kedua-dua negara ini bagi mengaut keuntungan politik dan ekonomi serantau.



Yang Benar,

“Jujur & Amanah Satu Perjuangan”

Azwanddin Hamzah

Yang DiPertua