IMD (Institute of Management Development) WYC (World Competitive Year Book) mengiktiraf Malaysia sebagai pada kedudukan ke-10 negara yg mengamalkan pengurusan ekonomi yang baik. Pengiktirafan ini berlandaskan kepada implementasi keputusan kerajaan yang effektif, pelaburan yang berkualiti, risiko ketidakstabilan politik yang rendah serta kepimpinan Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak.
Di dalam lapuran WTO March 2010, Malaysia telah berupaya mengekalkan kedudukan No.21 sebagai pengeskport terbesar dunia dan No.28 sebagai pengimport. Disamping itu juga, Malaysia juga berupaya mengekalkan GDP pada kadar pertumbuhan yang baik walaupuan dunia mengalami kemelesetan ekonomi .
Selepas melepasi kemelesetan ekonomi Malaysia berjaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi pada kadar 4.4% tahun lepas dan menjangkaui kadar 10.1% pada suku pertama tahun ini.
Ini disokong pula oleh lapuran dari World Bank, meletakkan Malaysia pada kedudukan ditangga ke-7 terbaik di Asia, dari segi kompetitif untuk urusan perdagangan dan pelaburan.
Sempena menyambut kemerdekaan yang ke-54 pada 31hb Ogos ini, kejayaan Malaysia bersaing sebagai negara membangun telah menerima pelbagai pengiktirafan dunia baik dari segi pengurusan pentadbiran, pengurusan ekonomi & perdagangan dan sosio-ekonomi juga telah meletakkan Malaysia sebagai model terbaik negara berbilang kaum yang boleh dicontohi oleh negara-negara lain.
UMNO, MCA dan MIC semenjak tahun 1951, yang menerima pakai formula permuafakatan telah berjaya menaikkan taraf hidup masyarakat berbilang kaum dengan mengamalkan konsep keadilan. Kontrak sosial yang dipersetujui secara "quid pro-quo" dengan pemimpin terdahulu jelas mengiktiraf hak pelabagi kaum dan bangsa di dalam Malaysia untuk menjalani kehidupan yang bebas, saksama dan adil seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Selepas berlakunya "Tsunami Politik" tahun 2008, pelbagai isu sensitif telah ditimbulkan oleh golongan tertentu di dalam negara ini khususnya Pasal 153 Perlembagaan Persekutuan, DEB, peranan Raja-Raja Melayu, penggunaan kalimah Allah, NEM dan sebagainya.
Kesannya, timbul perasaan cemas dan tidak puas hati pelbagai golongan mengenai pendekatan yang diambil oleh beberapa tokoh politik yang telah mengambil kesempatan untuk memanupulasikan isu-isu di atas dengan niat dan tujuan menanamkan semangat "partisan perkauman" sebagai usaha meraih undi dan di lihat sebagai hero yang dapat meletakkan beberapa golongan di kelas yang tertentu.
Perbuatan ini tidak terhenti di dalam negara sahaja, malah dengan tanpa segan silu, tokoh politk itu juga memperburuk-burukkan negara dengan memberikan situasi palsu kepada negara luar dengan tujuan untuk menakut-nakutkan para pelabur asing untuk melabur di Malaysia dan seterusnya menolak pengiktirafan dunia terhadap kejayaan yang telah diusahakan oleh kesemua rakyat Malaysia secara permuafakatan.
Belum pernah berlaku di dalam mana-mana sejarah ada tokoh politik sanggup pergi keluar negara dan melemparkan pelabagai tuduhan palsu di luar negara dan memperlekehkan pengikitirafan yang telah diberikan oleh badan dunia kepada Malaysia.
Perlakuan tokoh politk tersebut yang tidak beretika juga berlanjutan dengan bersekongkol dengan beberapa "media strategies" yang ditaja oleh individu-individu tertentu yang mempunyai agenda jahat untuk merosakkan perpaduan dan keharmonian di dalam negara.
Perlakuan tokoh politk tersebut yang tidak beretika juga berlanjutan dengan bersekongkol dengan beberapa "media strategies" yang ditaja oleh individu-individu tertentu yang mempunyai agenda jahat untuk merosakkan perpaduan dan keharmonian di dalam negara.
Tindakan tokoh politik ini merupakan perbuatan yang tidak patriotik dan amat memalukan. beliau seharusnya mencontohi pemimpin parti politik luar negara juga berpolitik untuk mencapai cita-cita sebagai pemimpin negera seperti pemimpin LDP, Liberal, Demokrat, Republican, Buruh yang tidak pernah pergi keluar negara dan menjadikan agenda memburukan negara mereka sendiri sebagai alat kempen politik mereka.
Sempena kemerdekaaan negara yang ke-54, diharapkan rakyat dapat menilai sejujur mana tokoh politik tersebut melaungkan perjuangan untuk rakyat jika selama ini beliau sering memburuk-burukkan negara kepada dunia luar dengan tujuan menyekat pelaburan asing ke dalam negara yang akan memberi kesan kepada ketidakstabilan ekonomi negara yang telah terbukti dan diiktiraf diuruskan dengan baiknya selama tempoh 53 tahun yang lalu.
Kembalilah menghayati prinsip Rukun Negara, semuga setiap dari kita dapat menghormati semangat setiakawan yang telah lama diamalkan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu, Dato Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tan Siew Sin, Tun V.T. Sambanthan, Tan Sri Dato Seri V. Manikavasagam.
Kepada pengkhianat negara, jangan gadaikan pembangunan rakyat semata-mata untuk mencapai agenda peribadi. Malaysia sebuah negara yang merdeka dan berdaualat tidak pernah menghalang mana-mana individu yang mempunyai cita-cita dan impian menjadi pemimpin. Namun mereka wajib memahami intipati utama di dalam mengekalkan perpaduan dan keharmonian yang telah dikecapi selama 53 tahun ini berasaskan kepada semangat jujur, setiakawan dan permuafakatan.
"Selamat Menyambut Kemerdekaan Ke-54 Tanah Air Ku - Malaysia"
Setiausaha Agung JMM
Kepada pengkhianat negara, jangan gadaikan pembangunan rakyat semata-mata untuk mencapai agenda peribadi. Malaysia sebuah negara yang merdeka dan berdaualat tidak pernah menghalang mana-mana individu yang mempunyai cita-cita dan impian menjadi pemimpin. Namun mereka wajib memahami intipati utama di dalam mengekalkan perpaduan dan keharmonian yang telah dikecapi selama 53 tahun ini berasaskan kepada semangat jujur, setiakawan dan permuafakatan.
"Selamat Menyambut Kemerdekaan Ke-54 Tanah Air Ku - Malaysia"
Setiausaha Agung JMM
No comments:
Post a Comment