Wednesday, August 18, 2010

Dakwaan kakitangan EXIM dipaksa "forced acceptance" oleh COO

                                                                                     Anonymous said...
"Satu lagi yang menjadi isu besar di Exim Bank adalah berkenaan dengan kontrak kepada vendor daripada India (foreign owned 100%) untuk menyediakan “Core Banking” system. Telah menjadi rahsia umum, vendor tersebut telah dipilih oleh pengurusan Exim setelah mendapat “cadangan” daripada Encik Fazlur. Banyak vendor berpengalam daripada Malaysia telah diketepikan, walaupun telah mempunyai track record yang baik dalam system yang diperlukan tersebut. Khabarnya pula, vendor India tersebut tidak pernah mempunyai track record untuk system perbankan. Mungkin sebab itulah, walaupun selepas dua tahun projek tersebut berjalan, ianya masih lagi terbengkalai menyebabkan EXIM BANK masih lagi bergantung kepada cara manual untuk merekodkan urusan perbankan seharian mereka. Bertambah malang juga berjuta bayaran telah dibuat, walaupun sistem lintang pukang. Kegagalan menyediakan system ini telah menimbulkan banyak masalah kepada kakitangan serta pelanggan dari segi masa, ketepatan dan sebagainya. Ketua Bahagian Teknologi Maklumat yang terlibat secara langsung juga telah meletakkan jawatan, memberikan isyarat buruk yang sesuatu yang kurang baik sedang berlaku dengan projek core banking. Adalah amat malang untuk mereka yang diamanahkan untuk menyediakan projek penting tersebut meninggalkannya dalam keadaan terkapai kapai. Must be something wrong."

"Lanjutan daripada masalah yang timbul, dan untuk mengelirukan pihak Lembaga Pengarah, COO Exim yang telah diberikan amanah dan tanggunjawsab keatas projek tersebut telah memaksa kakitangan menandatangani dokumen penerimaan (“forced acceptance”) module module yang berkaitan, walaupun sebenarnya system tersebut masih lagi belum dapat digunakan. Tindakan (penipuan) tersebut dibuat semata mata untuk mengelirukan Lembaga Pengarah, supaya kegagalan tersebut dapat disapu dibawah carpet sahaja. (swept under carpet) Ramai kakitangan yang sakit hati dengan tindakannya memaksa mereka bersubahat untuk menipu Lembaga Pengarah dan Bank. Menipu bank adalah menipu rakyat dan pembayar cukai."

"Tingkat laku dua budak suruhan Fazlur Rahman tersebut telah banyak membawa kesusahan kepada kakitangan Bank. Mereka juga telah menyebabkan keaibab kepada kami disebabkan oleh blunder yang telah dilakukan. Sekarang ini, imej Bank sangat buruk dikalangan usahawan dan juga rakan rakan dibank lain. Ramai usahawan yang berpotensi dan berdaya maju enggan datang ke Exim kerana tidak mahu dilayan seperti warganegara kelas 2, sebagaimana yang telah dialami oleh rakan rakan mereka yang pernah berutusan dengan Bank kami. Mereka kata seperti peminta sedekah apabila berurusan dgn Exim Bank. Kami berharap pihak tuan dapat mencari jalan supaya kerajaan dapat mengambil tindakan tegas dan segera untuk menyelamatkan masa depan Exim Bank yang diberikan peranan yang sangat penting untuk meningkatkan ekonomi Negara."

"Sebenarnya banyak lagi penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang berlaku di Exim Bank semenjak akhir akhir ini seperti pembelian Bangunan pejabat, kekurangan peramalan corporate governance yang baik dan sebagainya. Mungkin jika perlu, boleh dimaklumkan kemudian nanti."

Terima kasih.

Yang benar,
Anti Kejahatan

- source comment from - "lambakkan bekas pegawai Danaharta di dlm GLC"

2 comments:

  1. dah dekat 3 tahun masih lagi tak selesai.banyak masa dan wang ringgit terbuang. Patut dah lama project chairman dah resign. Ambil tanggung jawab diatas kegagalan yang menelan belanja yang besar. Pembaziran demi pembaziran. Sistem tak berjalan tapi bayar tetap bayar. Audit tutup mata.

    ReplyDelete
  2. memang patut project chairman kena letak jawatan. IT head dah cabut. CEO dah cabut. tunggu apa lagi. faham faham lah. tak kan itupun nak kena ajar. jangan nak tunggu kena paksa resign lagi. pegang jawatan tinggi tinggi tapi kalau haprak apa guna. bikin semua orang susah saja apa guna? buat malu Bank saja apa guna? macam mana Board boleh percaya itu semau ? Board mesti semua pandai pandai.

    ReplyDelete