Wednesday, August 18, 2010

EXIM berdolak-dalih untuk mengadakan rundingan dgn JMM

Lanjutan daripada maklumat yang diterima oleh JMM mengenai dakwaan "salah-laku & penyelewengan" di dalam EXIM Bank ( Export-Import Bank of Malaysia Berhad).

JMM telah menulis surat meminta penjelasan melalui perbincangan diantara kedua-dua pihak melalui surat yang bertarikh 20hb Mei 2010 bil(1)JMM/EBB/01-2010 yang di alamatkan kepada Mohd Fauzi bin Rahmat, Managing Director/ Chief Executive Officer.

Di antara kandungan surat JMM " kami amat prihatin terhadap isu ini dan untuk pengetahuan tuan, baru-baru ini JMM telah mengeluarkan kenyataan media mengenai isu kerugian POS Malaysia Berhad, hasil daripada beberapa desakkan dari pelbagai pihak termasuk JMM sendiri, isu ini telah dibangkitkan di dalam Dewan Rakyat".

"Sehubungan dengan itu, kami di JMM memandang serius mengenai dakwaan yang telah kami terima dan kami memohon agar pihak pengurusan dapat memberikan penjelasan kepada kami mengenai isu ini dengan seberapa segera".

"JMM amat prihatin terhadap keberkesanan dan kecekapan pegawai-pegawai tertinggi di dalam GLC untuk mengurus dan mentadbir GLC dengan cekap, bersih dan amanah. Aset negara semestinya diurus tadbir oleh pegawai-pegawai yang mempunyai kelayakkan yang mencukupi dan berpengalaman luas di dalam bidang yang diurustadbir. Sekiranya perlantikkan ini CEO dan COO ini dibuat atas dasar kronisme seperti yang didakwa oleh penghantar dakwaan ini, JMM tidak akan teragak-agak mendesak satu siasatan dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)".

"JMM meminta agar pihak pengurusan memanggil pihak kami untuk memperjelaskan mengenai dakwaan ini di dalam tempoh 7 hari".

Setelah beberapakali berhubung dengan pihak pengurusan EXIM, perjumpaan dijadualkan dan dirancang telah ditunda beberapakali oleh EXIM di atas beberapa sebab tertentu dan akhirnya surat bertarikh 2 Julai 2010 CEO/GENERAL/GC/15/2010 telah diterima oleh JMM dan diantara kandungannya "..kami tidak berhasrat meneruskan proses ini ..". Surat ini telah ditandatangani oleh Mohd Fauzi Rahmat - Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif.

JMM melihat tindak tanduk pengurusan EXIM sengaja berdolak dalih dengan meminda tarikh asal perjumpaan dari 7 Jun 2010 kepada 14 Jun 2010 dan kemudian menunda lagi, menunjukkan pegawai peringkat tertinggi EXIM jelas ingin melarikan diri dari memberikan penjelasan mengenai dakwaan tersebut.

JMM mengulangi keras keputusan dan pendirian yang telah diambil di dalam mesyuarat ahlijawatankuasa JMM sebulat suara mendesak pengurusan EXIM wajib menjelaskan isu ini kerana di dalam dakwaan tersebut ada dinyatakan telah berlaku unsur-unsur penipuan?

JMM juga bimbang sekiranya arahan Bank Negara Malaysia agar pegawai penting di dalam analisa kredit dan kewangan mesti memiliki kriteria dan kelayakkan tertentu TIDAK dipatuhi oleh institusi kewangan di negara ini.

JMM berharap, Pengurusan dan Lembaga Pengarah EXIM harus berani untuk memperjelaskan dan menyiasat dakwaan ini dan sekiranya terdapat kesahihan terdapat dakwaan tersebut, mereka mesti memperbetulkan keadaan tersebut bagi memastikan Pengurusan dan Lembaga Pengarah yang dilantik memiliki nilai-nilai intergriti , jujur dan amanah di dalam melaksanakan tanggungjawab di atas perlantikkan mereka menjaga aset negara.

2 comments:

  1. tidak mengejutkan. memang itulah rintihan peminjam yan berurusan dengan EXIM. Pengurusan mereka tidak profesional. Susah untuk dibawa berunding. Adanya Exim Bank banyak menyusahkan. Hanya memudahkan kroni mereka sahaja.

    ReplyDelete
  2. Mohd Fauzi rahmat berpengalaman luas di Citibank dan pernah menguruskan credit facility bernilai berbilion2 ringgit.

    Itu yang saya pasti setelah beberapa tahun saya dan beliau bekerja di Bank Islam (GM Risk Management). Saya yakin tiada unsur kronisme ataupun selewent.

    He's a very experienced banker, specialized on risk management. Saya pasti ada orang yang dengki dengan beliau.

    ReplyDelete