SHAH ALAM - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) akan terus berjuang menentang pengamal seks bebas lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebagai golongan yang cuba melakukan penghinaan kepada negara dan agama.
Setiausahanya, Tengku Amalluddin Sani berkata, golongan ini semakin membimbangkan kerana mereka telah dikuasai oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang cuba merosakkan akidah umat Islam.
Menurutnya, beberapa pertubuhan turut menyokong dengan memberi dana asing tujuan mempromosikan LGBT dengan lebih meluas.
“Pihak kami ada beberapa bukti dokumen berbentuk penyata bank yang mengatakan pertubuhan ini memberi dana bagi menarik anak muda agar terjebak dengan amalan seks songsang,” katanya.
Beliau memberitahu, JMM akan mengadakan aktiviti kesedaran menentang hubungan LGBT di Universiti Malaya pada 27 April ini, dirasmikan Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah, Tan Seri Lee Lam Thye.
Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment