Friday, March 16, 2012

Banteras segera pusat kegiatan gay, lesbian

Saya mendapat tahu tempat-tempat yang selalu dikunjungi oleh golongan gay ialah Tasik Kelana Jaya, Tasik Permaisuri, Taman Miharja dan Pasar Seni (Central Market). 

UMUM mengetahui isu LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual & Transeksual) kian menjadi barah di dalam masyarakat di Malaysia termasuk di kalangan masyarakat Melayu.

Saya sebagai seorang isteri dan ibu terpanggil untuk menulis di ruangan forum ini. E-mel ini bertujuan untuk berkongsi pendapat sahaja.




Pihak kerajaan tidak lagi boleh memandang remeh perkara ini. Tindakan membanteras secara besar-besaran harus dilakukan secepat mungkin untuk menyelamatkan akidah orang Melayu dan orang Islam khususnya.

Kita sebagai negara Islam tidak boleh berdiam diri dalam isu akidah yang memalukan ini.

Polis, jabatan agama, NGO dan pihak-pihak tertentu harus sentiasa membuat serbuan di tempat-tempat yang selalu dikunjungi golongan ini.

Saya mendapat tahu tempat-tempat yang selalu dikunjungi oleh golongan gay ialah Tasik Kelana Jaya, Tasik Permaisuri, Taman Miharja dan Pasar Seni (Central Market).

Sasaran harus dicapai sehingga sifar LGBT kerana ia merosakkan akidah umat Islam.

Jikalau dibiarkan apa akan jadi dengan masa depan anak-anak akan datang. Kerajaan harus menyediakan tempat pemulihan untuk pengamal LGBT kerana ia semakin merebak di kalangan cerdik pandai dan tidak mengira tua atau muda.

Saya merasa amat jijik dengan perlakuan tidak senonoh golongan ini tanpa segan silu berpelukan di tempat-tempat awam dan ini mengundang suasana yang tidak harmonis di ibu kota khasnya di Kuala Lumpur. Semoga cadangan saya ini dipertimbangkan.

No comments:

Post a Comment