Wednesday, November 14, 2012

Saman media taktik lapuk keluarga Anwar - Farahhana


KUALA LUMPUR 8 Nov. - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar digesa tidak bermain politik 'kotor' seperti yang diamalkan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran tindakan beliau menyaman akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian dan media alternatif lain.


Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahhana Jamaludin berkata, Nurul Izzah tidak sepatutnya membuat perancangan besar untuk menyalahkan pihak lain berhubung keceluparannya bersuara mengenai kebebasan beragama yang jelas boleh memesongkan akidah umat Islam.

Tambahnya, usaha memutar belit fakta untuk menipu dan memperdaya rakyat bahawa beliau diserang fitnah oleh media arus perdana yang melaporkan kenyataan kontroversinya merupakan taktik lapuk dan tidak boleh diguna pakai lagi oleh keluarga Anwar.

"Sama seperti sikap ayahnya, media arus perdana sering dipersalahkan dalam usaha menyelamatkan diri dan membersihkan namanya yang tercemar ekoran bersuara lantang tanpa memikirkan sensitiviti rakyat terutama bagi yang beragama Islam," katanya ketika dihubungi oleh Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, Nurul Izzah berkata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian dan media lain kerana mendakwa kenyataannya mengenai kebebasan beragama telah diputar belit.

Dalam pada itu, Farahhana berkata, tindakan Naib Presiden PKR tersebut yang tidak berani menyaman portal Malaysiakini kerana beliau sendiri menyedari laporan tersebut adalah benar.

"Sepatutnya laman portal tersebut (Malaysiakini) yang perlu disaman kerana mereka yang mula-mula sekali mengeluarkan kenyataan dan akhbar lain seperti Utusan Malaysia hanya memetik laporan portal berkenaan."

"Saya mendesak Nurul Izzah untuk menyaman Malaysiakini jika benar beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan "Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanya.


Sumber: © Utusan Melayu (M) Bhd 

1 comment:

  1. 'Katakan Celaka Muhyiddin'..... Muhyiddin LEMBU tua NYANYUK nak mampus!!!

    Puteri UMNO Kump ANJING menyalak Gila Babi....

    ~ BUKTI 1 ~

    ~ BUKTI 2 ~


    Pemimpin2 UMNO BODOH macam LEMBU... Tua2 NYANYUK nak mampus!!!

    Lihat Bukti Transformasi Pemuda UMNO otak lembu telah berjaya!!!

    ~ BUKTI 3 ~

    ~ BUKTI 4 ~

    ~ BUKTI 5 ~

    ~ BUKTI 6 ~


    ReplyDelete