Wednesday, February 29, 2012

JMM JAYAKAN AMAN KAMPUS DI AMPANG

Azwanddin bersama Presiden ASPIRASI,,Mohd Shahar Abdullah
Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia ( JMM ) telah sama berganding bahu menjayakan program Aman Kampus yang telah diadakan pada 18Februari 2012 di Kampung Melayu Ampang Selangor.Ianya merupakan Jelajah Aman Kampus yang diseliakan oleh kumpulan ASPIRASI.





Seramai lebih kurang 400 pelajar dan para jemputan hadir pada program satu hari itu.

Antara aturcara progrm ialah senaman , gotong royong mengecat dewan Tabika , forum serta  "treasure 'dan kaji selidik.Selain dari itu, terdapat juga gerai jualan yang disediakan untuk memeriahkan lagi aturcara.

Presiden JMM,Azwanddin Hamzah didalam ucapannya menyeru pelajar universiti yang hadir supaya sentiasa peka terhadap isu yang membabitkan pelajar.

Majlis bersurai pada jam 5 petang sebelum AMAN KAMPUS meneruskan lokasi terakhir di Kuala Selangor.

No comments:

Post a Comment