Saturday, April 2, 2011

Kemukakan Bukti Video


JMM juga menasihati Shamsul Iskandar supaya tidak membiarkan dirinya menjadi lembu tunggang oleh pemimpin yang desparado.

KENYATAAN MEDIA

Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) pada hari ini tampil membuat laporan Polis terhadap Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar yang mendakwa beliau mempunyai rakaman video seks yang melibatkan pemimpin politik.

JMM berpendapat beliau sengaja mengeluarkan fitnah dengan niat jahat sengaja mereka-reka cerita bagi mengelirukan perhatian masyarkat mengenai pendedahan video seks seorang pemimpin pembangkang baru-baru ini.

Sebagi seorang pemimpin, beliau seharusnya bertanggungjawab di dalam mengeluarkan kenyataan dengam mengemukakan bukti dan fakta lebih lebih lagi apabila ianya melibatkan dakwaan salah laku moral.

JMM juga menasihati Shamsul Iskandar supaya tidak membiarkan dirinya menjadi lembu tunggang oleh pemimpin yang desparado.

JMM juga mencabar beliau untuk segera menyerahkan apa yang didakwanya rakaman video seks melibatkan pemimpin politik kepada pihak Polis agar siasatan terhadap dakwaan beliau ini dijalankan mengikut prosedur yang sama seperti siasatan yang dijalankan terhadap pendedahan video seks melibatkan pemimpin parti pembangkang baru-baru ini.
Jika beliau berkata benar, maka beliau tidak perlu berdolak dalih dengan memberikan pelbagai alasan untuk tidak mengemukakan rakaman video yang didakwanya.

Sekiranya beliau enggan menyerahkan bukti apa yang didakwanya, maka JMM memohon pihak Polis untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau kerana dengan sengaja dan mempunyai niat memberikan maklumat palsu dan menuduh dengan niat memfitnah.


Yang Benar,
“Jujur & Amanah Satu Perjuangan”
AZWANDDIN BIN HAMZAH
Yang DiPertua
02-04-2011
Published with Blogger-droid v1.6.7

No comments:

Post a Comment