PERBUATAN mengkritik atau mempersoalkan sesuatu isu adalah perkara mudah yang sering dilakukan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Bagaimanapun, sesuai dengan perubahan zaman, maka sudah sampai masanya untuk NGO memperluaskan peranan mereka dengan bertindak sebagai penyelesai masalah.
Selaras dengan perubahan itu, pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) telah mengorak langkah untuk menerbitkan dokumentari bertajuk Antara Dua Garisan yang bertujuan memperincikan pelbagai titik persamaan yang dikongsikan bersama antara kerajaan dan rakyat di Malaysia serta Indonesia.
Penerbitan dokumentari selama 30 minit yang membabitkan wawancara dengan menteri, timbalan menteri dan tokoh kedua-dua negara telah memulakan penggambaran pada 21 Mac lalu.
Dokumentari yang diusahakan oleh JMM dengan kerjasama Yayasan Nusantara dan beberapa NGO dari Indonesia bakal disiarkan sebanyak 14 episod mulai Jun ini di stesen televisyen yang terpilih di negara ini dan republik itu.
No comments:
Post a Comment