Monday, January 24, 2011

Karpal, DAP perguna kes liwat Anwar

KUALA LUMPUR 21 Jan. - DAP dan Pengerusinya, Karpal Singh didakwa menggunakan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai komoditi politik untuk 'mencucuk hidung' Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) terutama di Selangor dan Pulau Pinang.


Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah mendakwa, Karpal juga sebenarnya mengetahui beliau tidak mampu membela Anwar lalu menggunakan taktik dengan melakukan penangguhan ke atas perbicaraan kes liwat anak guamnya itu.

"Ini suatu tindakan yang tidak bermoral dan tidak beretika dan memang wajar bagi Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong menggelarkan Karpal sebagai 'harimau penakut' kerana tidak berani mempertahankan prinsip mengenai bukti perlakuan seks songsang Anwar.

"Karpal juga sesuai digelar 'Pusingan U Poo Singh' apabila mengeluarkan kenyataan seolah-olah 'bersetuju' dengan pendirian bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (pada 1997) yang menolak desakannya supaya Anwar disiasat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) semalam yang menyifatkan Anwar sebagai boneka yang menurut segala arahan dan rancangan diatur oleh DAP dalam usaha parti tersebut menguasai politik negara.

Pengerusinya, Hamizun Khairuddin berkata, DAP menyimpan terlalu banyak rahsia peribadi Anwar sehingga menyebabkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu terpaksa akur dengan segala perancangan yang diatur kerana takut segala rahsia tersebut didedahkan.

Mengulas lanjut, Azwanddin berkata, beliau bersyukur kerana telah keluar dari PKR kerana parti itu kini sedang dipergunakan oleh DAP, Karpal dan Penasihatnya, Lim Kit Siang.

"Anwar syok sendiri sedangkan pada hakikatnya Kit Siang adalah ketua pembangkang sebenar. Lebih baik Anwar pergi bercuti ke Turki," katanya.

No comments:

Post a Comment