Ada beberapa pihak yang sering melaung-laungkan kebebasan media dan diberikan kebebasan sepenuhnya. Namun Jaringan Melayu Malaysia (JMM) kecewa dengan sikap dan tindakan beberapa pihak tertentu yang tidak buat seperti apa yang sering dilaung-laungkan.
JMM telah membuat beberapa pendedahan mengenai Dato Kalimullah Hassan namun sehingga kini beliau tidak menjawap dan mencabar pendedahan JMM samada menulis surat memohon penjelasan ataupun melalui proses undang-undang untuk membuktikan bahawa pendedahan yang dibuat oleh JMM adalah tidak benar.
Beliau tidak boleh meletakkan tekanan ke atas media yang hanya menjalankan tugas dengan memberikan liputan terhadap pendedahan JMM. Dato Kalimullah menjadikan media sebagai mangsa dengan menakut-nakutkan untuk memberikan liputan secara bebas.
JMM tidak bersetuju beliau menjadikan media sebagai sasaran dengan memberikan tekanan terhadap masyarakat media di atas pelbagai liputan pendedahan JMM terhadap beliau.
Dato Kalimullah pernah memberitahu bahawa media mesti diberikan kebebasan di dalam membuat liputan. Namun tindakan Dato Kalimullah dilihat seperti” cakap tak serupa bikin”.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Editor di salah sebuah media arus perdana, seharusnya bersikap professional dan lebih memahami peranan media di dalam memberikan liputan dan lapuran kepada masyarakat.
Saya meminta agar Dato Kalimullah untuk berani tampil menafikan pelbagai pendedahan yang telah dibuat oleh saya terhadap beliau melalui proses perundangan jika beliau berpendapat semua pendedahan ini adalah tidak benar dan bukan menjadikan media sebagai mangsa.
Yang Benar,
“Jujur & Amanah Satu Perjuangan”
Azwanddin Hamzah
Yang DiPertua
No comments:
Post a Comment