KUALA LUMPUR 24 Julai - Ahli Dewan Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Mohd. Zahid Md. Arip meminta tokoh media, Datuk Seri Kalimullah Hassan supaya menjelaskan kaitannya dalam plot menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.
Dalam temu bual bersama TV3 yang disiarkan menerusi Buletin Utama malam ini, Mohd. Zahid mendakwa, Kalimullah dipercayai mempunyai kaitan dalam plot itu.
Ini kerana, dakwanya, Kalimullah menyiarkan artikel yang tidak tepat semasa menerajui The New Straits Times Press Berhad (NSTP), mengenai bahan letupan C4 yang digunakan dalam kes pembunuhan model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.
"Dalam artikel itu, C4 ini kononnya hanya dimiliki oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan perlu kelulusan tertinggi Kementerian Pertahanan.
"Berita ini tidak tepat kerana kita tahu bahan letupan ini juga ada di semua depot senjata Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penggunaannya tidak memerlukan kelulusan tertinggi.
"Kalau Kalimullah tidak mahu bertanggungjawab, tidak mahu menjawab, dan berdiam diri, dia jangan marahkan saya. Seluruh rakyat percaya beliau salah seorang yang merancang plot untuk menjatuhkan Najib ketika itu dan agenda itu berterusan sehingga sekarang," dakwanya seperti disiarkan dalam Buletin Utama itu.
Hari ini, Utusan Malaysia menyiarkan kenyataan Mohd. Zahid yang juga bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempersoalkan penafian Kalimullah kononnya beliau tidak pernah mendapat sebarang kontrak kerajaan sebelum bergelar jutawan.
Mohd. Zahid dilaporkan berkata, beliau hairan dengan penafian itu kerana dakwanya, VPI International iaitu anak syarikat kepada Efficient E Solutions yang mana Kalimullah merupakan pengarahnya, memperoleh kontrak bernilai RM216,090,927 daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada September 2005.
Sedangkan, tambah Mohd. Zahid, dalam penafiannya baru-baru ini Kalimullah memberitahu hanya melepaskan jawatan sebagai pengarah di Efficient E Solutions pada 21 Jun 2006 iaitu selepas sembilan bulan kontrak diluluskan.
Sehingga malam ini, Kalimullah belum memberikan sebarang ulasan berhubung desakan
sumber: Utusan Malaysia
sumber: Utusan Malaysia
KAPAK ucapkan tahniah kerana JMM berani menegur secara lantang kepada Anwar Al-Jub...ini dan juga juak2nya yg masih setia dgn berbagai penipuan dan pembohongan bosnya!.
ReplyDeleteKAPAK juga yakin dengan segala maklumat dan pergerakan terperinci ANwar AL-JUb...semasa JMM masih menjadi org2 kuatnya suatu ketika dulu dan ia telah menjadi lembaran sejarah.
Namun, lipatan sejarah itu wajib dan wajar didedahkan bukan untuk mengaibkan makhluk itu, TETAPI demi rakyat marhaen lain agar tidak ditipu hidup2 oleh Sang Pelacur bangsa Melayu ini, si Anwar Al -Jub.
KAPAK juga mahu JMM terus hebat dan aktif dalam memperbetulkan keadaan yg bercelaru ini terutamanya kepada masyarakat Melayu Islam. Sebagai orang Islam mereka tidak mudah untuk terpengaruh dgn andaian kelicikan Bung Anwar ini, tanpa bukti2 yg nyata, sbb Bung Anwar telah menjadi idola dan kesayangan segelintir Umat Melayu satu ketika dulu sejak tahun 1974 rusuhan Baling!!!!.
Konon kepada pembelaan terhadap Rakyat Miskin luarbandar lantas Bung Anwar telah diangkat mereka sebagai DEWA pembela, TETAPI rakyat marhaen ini lupa bahawa mereka sedang diperbodoh2kan oleh manusia durjana ini.
Keluarkan dan terus lantang untuk memperbetulkan keadaan agar Umat Melayu Islam sedar dan mendapat infor2 yang shahih dan jelas akan kepincangan manusia bergelar Anwar Al-Jub... ini.
Wassalam.