KUALA LUMPUR, (Bernama) - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) hari ini memberi keterangan berhubung dakwaan mereka terhadap laman portal pembangkang, The Malaysian Insider yang mempunyai kaitan dengan Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera).
Yang Dipertuanya Azwanddin Hamzah yang ditemui di Balai Polis Pantai di sini, turut menyerahkan bukti yang menunjukkan portal itu ditaja oleh salah seorang anggota Bendera.
"Dokumen bukti setebal 30 muka surat itu turut mengandungi artikel fitnah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta artikel berbentuk hasutan dan perkauman di laman portal itu," katanya.
Beliau berkata semua keterangan serta bukti yang diberi telah meyakinkan polis serta memudahkan kerja-kerja penyiasatan.
"Selepas proses siasatan ini selesai, kami akan berikan lagi bukti-bukti lain yang dapat memudahkan pihak polis untuk menyiasat kes ini," katanya.
Pada 20 Okt lepas, JMM menyerahkan bukti-bukti tersebut di Ibu Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
No comments:
Post a Comment