Sunday, September 19, 2010

Rakyat Malaysia tidak mudah tertipu permainan politik serantau LKY

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) amat tertarik dengan ucapan Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew yang mahukan ketegangan antara kaum agar berlaku di Malaysia.

Saya berfikir ucapan Lee Kuan Yew dibuat diatas sebab -sebab kegagalan usahasama Malaysian Insider dan 3 pemimpin batak kristian BENDERA untuk mewujudkan ketegangan hubungan antara Malaysia dan Indonesia.

JMM pasti dan yakin bahawa semua pakar ekonomi mengetahui dan sedia maklum bahawa sebarang ketegangan dan konflik yang wujud diantara Malaysia dan Indonesia ianya memberikan keuntungan besar dari segi ekonomi kepada negara ketiga lain..

Saya meminta supaya Lee Kuan Yew jangan beranggapan bahawa orang Melayu, Cina dan India di negara ini boleh diperbodoh-bodohkan dengan tindak tanduk permainan politik beliau di rantau ini.


Yang Benar,

“Jujur & Amanah Satu Perjuangan”

Azwanddin Hamzah
Yang DiPertua