Sdra YDP JMM,
Dengan hormatnya dilampirkan salinan surat terbuka diatas yang merupakan refleksi hasrat kakitangan EXIM Bank, untuk bantuan pihak sdra. CEO EXIM telah "diarah" untuk meletakkan jawatan pada 21 Sept 2010, dan kami sangat sangat bimbang jika pengantinya tidak memenuhi syarat syarat kelayakan untuk menerajui organisasi yang penting dan komplicated ini. Kami bimbang akan dilantik lagi kroni yang tidak layak, serusnya menjahanamkan organisasi ini, melenyapkan wang pembayar cukai. Terima kasih
Surat Terbuka Untuk Lembaga Pengarah EXIM Bank
Kepada:
Yang dihormati,
Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah EXIM Bank M Bhd.
Tahniah dan penghargaan daripada kami kakitangan Exim Bank, terutama nya kakitangan pertengahan dan bawahan kepada barisan Lembaga Pengarah kerana telah mengosongkan jawatan CEO berkuatkuasa 21 Sept 2010. Walaupun tindakan bijak tersebut agak terlambat, tetapi masih lagi berfaedah terutama untuk menyelamatkan maruah organisasi ini, maruah MOF, kerajaan dan negara yang telah lama tercalar, sebagaimana yang telah disuarakan oleh pihak pasaran. Adalah diharapkan supaya segala kelemahan yang telah berlaku semenjak beberapa tahun kebelakangan ini tidak akan berulang lagi, terutamanya dalam hal hal yang berkaitan dengan peranan dan mandat yang menjadi tanggungjawab teras Exim Bank. Exim Bank tidak bolih lagi berterusan mempunyai pengurusan tertinggi yang tidak cekap, tidak jujur, tidak adil dan tidak faham peranan yang dipertanggungjawabkan oleh pihak berkuasa.
Untuk memastikan semangat Satu Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan dan untuk mengelakkan keaiban yang berulang, kami dengan ini memohon ahli ahli Lembaga Pengarah yang bijaksana untuk memastikan CEO baru kami dipertimbangkan dengan teliti dan adil, mempunyai nilai, kualiti dan kelayakan yang secukupnya untuk menerajui EXIM Bank seperti:-
JUJUR DAN AMANAH.
Setiap langkah dan tindakan dibuat bukan untuk agenda peribadi dan kroni, tetapi untuk kepentingan organisasi dan rakyat. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. CEO yang jujur akan sentiasa ingat dan menjunjung amanah. CEO yang jujur dan amanah juga akan bersikap telus terutama dengan Lembaga Pengarah dan kakitangan. Tidak akan ada lagi masalah “misrepresentation”, “mislead” dan sebagainya, jika kejujuran menjadi pegangan CEO. CEO juga tidak bolih melantik mana mana kroni memegang jawatan tinggi dengan gaji yang tinggi hanya semata semata untuk menjaga “P.R.” nya dengan pihak luar seperti BNM. Perbuatan membelanjakan wang pembayar cukai untuk tujuan menjadikan bekas pegawai BNM sebagai “front liner cum problem solver” dengan pihak BNM amatlah memalukan, dan dipandang oleh kakitangan bawahan sebagai menyalah gunakan kuasa. Akhirnya, pegawai tersebut menjadi seorang “passenger” di EXIM Bank, dengan hasil kerja yang bukan sahaja tidak setimpal dengan ganjarannya, tetapi juga dengan mutu kerja yang mengecewakan. Perbuatan ini pasti dapat dielakkan jika CEO EXIM Bank seorang yang jujur dan amanah.
BERKELAYAKAN.
Seorang CEO mestilah LAYAK, iaitu mempunyai pengalaman yang cukup dan cemerlang dalam sejarah perkhidmatannya, sekurang kurangnya 15 tahun dalam bidang pembiayaan dan analisa kredit yang merupakan aktiviti teras sesebuah bank. Sebagai ketua dan pemimpin EXIM Bank, CEO nya mestilah berkeupayaan untuk meneliti, menilai dan membuat keputusan yang kadang kala melibatkan pembiayaan sehingga ratusan juta ringgit, supaya tidak mudah diperdayakan oleh mana mana pihak termasuk kakitangan bawahan, atau membuat keputusan yang silap, disebabkan oleh kecetekan ilmu. CEO yang tidak berilmu akan dipermainkan dan diperdayakan oleh kakitangan, dipandang rendah, menjadi bahan jenaka dan seterusnya menjadi punca utama kenapa perana EXIM Bank menjadi lesu dan dikecam sekarang ini. CEO yang tidak berilmu jua akan menjadi seperti tin kosong dengan bunyi yang kuat, tetapi tiada isinya. Tambah buruk lagi, CEO yang tidak berilmu akan cuba berlagak pandai, sukar mendengar nasihat ikhlas,suka mendengar cerita cerita khayalan, lebih gemar menjaga pengampu dan akhirnya akan cenderung untuk membuat keputusan yang silap, yang akan mengugat kedudukan dan masa depan EXIM Bank. Kedudukan memalukan ini sangatlah mengaibkan kami kakitangan EXIM Bank.
MEMPUNYAI NILAI KEPIMPINAN SEJATI
Kami sangat sangat perlukan seorang CEO yang:-
merintis jalan untuk pertumbuhan perniagaan/pembiayaan. Pertumbuhan pembiayaan EXIM Bank untuk tempuh beberapa tahun yang lepas sangat memalukan, tidak setimpal dengan modal dan perbagai dana yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. Kenyataan akbar begitu berkobar kobar dengan jumlah beratus juga, namun akhirnya menjadi “ayam bertelur sebiji, riuh sekampung”. Menang sorak, kampong tergadai. Jika disemak pencapaiannya, amat memalukan. Seperti biasa, ramai yang bijak memberikan alasan. Itulah kepandaian pemimpin “tiruan”.
dapat dijadikan “role model”. Kami ingin berbangga dengan CEO kami, seperti kakitangan MITI berbangga dengan bekas Menteri Rafidah Aziz, bukannya menjadikan kami rendah diri dengan imej negative CEO dan organisasi kami.
penyuntik semangat dan inspirasi serta CEO yang “walk the talk”. Tak mahu yang cakap tak serupa bikin. Kami tak mahu yang munafik. Orang munafik ini nampak macam baik tetapi sebenarnya tidak. Hatinya tidak bersih. Allah janjikan dineraka yang paling bawah untuk golongan munafik ini. Semuga segera bertaubat. Kami perlukan CEO yang menjadikan kami sentiasa bersemangat untuk bekerja, bukan CEO yang mematikan semangat kami disebabkan oleh personalitinya yang rosak, mengalakkan kakitangan berpuak puak.
menjadi sumber rujukan ilmu. Kami perlukan CEO yang dikagumi dengan ilmunya, bukan tin kosong. Reputasi EXIM Bank perlu dilonjakkan segera dengan CEO baru yang mempunyai reputasi cemerlang. Kalau nak berikan jawatan kepada kroni pun, biarlah layak dan berdaya maju. Jangan jadikan EXIM sebagai tempat lambakan “rejected cronies”. Akhirnya rosak binasa hasrat murni MOF.
bukannya CEO yang “cakap tak serupa bikin”, menghabiskan masa dalam mesyuarat dengan cerita cerita yang menjurus kearah memuji diri. Kami mahu CEO yang tidak membuang masa mesyuarat dengan cerita cerita merepek, dan sentiasa membuang masa ramai kakitangan. Budaya membuang masa ini lah yang menjadi salah satu faktor kenapa prestasi EXIM Bank begitu buruk.
Tidak melarikan diri daripada masalah ( sebagaimana yang dimaklumkan oleh komunity perniagaan).CEO perlu hands on dengan masalah pembiayaan yang disuarakan oleh pelabur, dan mencari jalan penyelesaian, bukannya melarikan diri daripada masalah, bukannya menolak permintaan pelabur/pelanggan untuk datang berbincang, dan yang lebih buruk lagi, melakukan sabotaj keatas pelabur.
Tidak mengutamakan hal hal remeh yang seterusnya menjadikan EXIM Bank gagal berfungsi seperti yang dimandatkan. Seorang CEO mesti fokus kepada hal hal keutamaan seperti peningkatan potfolio pembiayaan, memberikan khidmat nasihat yang bijak kepada pelanggan dan seterusnya meningkatkan produktiviti EXIM Bank.
Berbelanja duit EXIM Bank dengan berhemah. Overseas trips perlu dikawal selia disebabkan oleh penyelewengan yang berleluasa, terutama oleh pengurusan kanan. Banyak wang pembayar cukai dihabiskan untuk tambang kapal terbang, penginapan dan bermacam alaun. Ini belum lagi diambil kira masa yang kadang kadang melebih seminggu diluar negara, sehingga kerja kerja penting dipejabat terbengkalai. Pembaziran ini sentiasa menjadi kemusykilan kakitangan yang tidak mempunyak kuasa untuk menegur. Ada kah kemelut seperti ini yang menyebabkan ramai kakitangan Audit Dalaman meletakkan jawatan?
BERSIKAP ADIL DAN SAKSAMA
Untuk mengelakkan berulangnya kejadian “samun bonus 5.0 vs 0.5” pada “tahun hitam” 2009 daripada berulang,( kejadian hitam ini merujuk kepada perbuatan tidak berperi kemanusiaan pengurusan tertinggi EXIM yang sanggup mencantas bonus kakitangan bawahan tanpa sebab hanya untuk menampung bonus 5 bulan untuk 5 orang pengurusan kanan – khabarnya tanpa pengetahuan Lembaga Pengarah) CEO EXIM mesti seorang yang terbukti adil dan saksama sebelum dijadikan lantik sebagai CEO. Kami bersyukur kerana bonus untuk 2010 ini dihadkan kepada 3 bulan maximum untuk setiap orang, walaupun khabarnya beberapa penjawat jawatan tertinggi EXIM telah di cadangkan bonus dengan jumlah yang tidak masuk akal. Jika cadangan itu diluluskan oleh MOF, pasti kejadian samun 2009 akan berulang. Terima kasih kepada MOF yang telah membuat keputusan yang bijak.
Seorang yang pernah menjadi “penyamun” tidak sesuai untuk dijadikan sebagai seorang pemimpin, sebagaimana kepercayaan kita kepada Al Quran dan Hadis. Seorang yang pernah manjadi “penipu” tidak layak untuk dilantik sebagai CEO. Kami perlukan seorang :-
yang adil, tidak berat sebelah. Kelulusan akademik yang tinggi dan pengalaman yang luas langsung tidak berguna jika dirosakkan oleh peribadi yang pincangtidak hanya mengambil berat kroni mereka sahaja, tidak bertindak kejam terhadap bukan kroni (seperti kes kerani bawahan yang telah dipecat disebabkan oleh kesilapan orang lain),
Seorang yang mulia peribadinya. Seorang CEO yang dapat kami tumpang berbangga dengan kemuliaan pekertinya, disamping bijaksana dalam menunaikan tanggungjawab berat sebagai CEO.
Kami minta dijauhkan Tuhan seorang CEO yang mengamalkan diskriminasi, berat sebelah dan yang paling kami takuti, CEO yang tidak percayakan hari pembalasan dan akhirat. Seorang yang takutkan Tuhan yang esa pasti akan bersikap adil dan saksama, sentiasa membimbing kakitangan bawahan melalui contoh, perbuatan dan keperibadian yang mulia, yang bolih kami jadikan ikutan, bukan kami jadikan bahan sendaan. Bukan CEO yang menjadi kutukan pihak luar disebabkan oleh kelemahan sendiri, yang akhirnya sangat mengaibkan seluruh kakitangan dan organisasi ini.
Sekian, akhir kata, kami ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih diatas pertimbangan yang pihak Lembaga Pengarah berikan, semata mata untuk memastikan EXIM Bank dapat kembali berperanan sebagai pendokong eksport negara. Kami pasti akan memberikan sokongan tidak berbelah-bagi dan memberikan yang terbaik kepada CEO baru kami yang layak,jujur, amanah, adil, ikhlas, berilmu, berkemampuan dan mempunyai karisma sebagai seorang CEO yang bolih kami banggakan. Sebagai perkerja bawahan, kami berkerja disini mungkin untuk tempuh 10 atau 15 tahun lagi, bukan seperti pengurusan kanan yang mempunyai kabel dan God Fathers, bolih lompat sana lompat sini. Masa depan kami akan hancur jika EXIM Bank tidak diterajui CEO yang benar benar layak dan berwibawa.
Daripada:
Wakil Kakitangan Bawahan dan Pertengahan
s.k.
- Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia / Menteri Kewangan Malaysia
- Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri Malaysia
- Y.B. Menteri Kewangan II Malaysia
- Y.B. Tan Sri Gabernor Bank Negara Malaysia
- Y.B. Ketua Audit Negara
Sempena bulan Syawal ni, elok beliau memohon kemaafan dari mereka-mereka yang telah dianiayakan agar kembali keberkatan dalam kehidupan beliau.
ReplyDelete