Sunday, July 25, 2010

Benarkah Peguam Sembunyikan Surat Teoh Beng Hock??

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) tampil pada hari ini untuk memberikan kenyataan berkenaan kredibiliti peguam yang mengendali inkues mendiang Teoh Beng Hock.

JMM telah mendapat maklumat bahawa peguam yang dilantik oleh pihak Kerajaan bagi mewakili mengendalikan inkues tersebut telah menyembunyikan satu maklumat penting yang tidak didedahkan dan dibentangkan untuk inkues tersebut.

Tan Hock Chuan, peguam yang dilantik disebut telah menyembunyi 'surat berbahasa cina tulisan tangan Teoh Beng Hock yang menyatakan rasa tidak tenteram/gusar/bimbang tentang masalah yang melanda beliau. Dan di dalam surat tulisan mendiang Teoh itu, dia telah menerima ancaman dan mahu membunuh diri.’
JMM mendesak pihak berkuasa menyiasat segera mengenai kebenaran kewujudan surat tersebut supaya mendiang Teoh beng Hock dan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat inkues yang adil dan peguam-peguam yang mewakili inkues tersebut tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang mempunyai agenda jahat di dalam memecah belahkan perpaduan di dalam negara.

JMM menyatakan kebimbangan mengenai sentimen mengapi-apikan kebencian masyarakat Cina terhadap SPRM dan orang-orang Melayu amnya. Tindakan beberapa golongan ini dilihat sangat berbahaya dan mengancam keselamatan negara.

Inkues yang dijalankan bagi menentukan sebab kematian mendiang Teoh Beng Hock ada unsur-unsur jenayah atau sebaliknya bagi tindakan pendakwaan jenayah telah diekploitasi oleh pihak-pihak tertentu untuk memperburuk-burukkan SPRM sebuah badan bebas yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agong dan pihak kerajaan dengan tujuan bagi meraih simpati daripada masyarakat Cina.

Maka kebenaran kandungan surat tersebut adalah penting untuk dijadikan bahan bukti di dalam inkues bahawa mendiang Teoh Beng Hock telah mendapat ancaman yang membahayakan diri beliau dan niat beliau untuk membunuh diri.

Kandungan surat yang ditulis oleh mendiang Teoh beng Hock adalah bahan bukti dan tidak boleh disembunyikan oleh mana-mana pihak.

Sekiranya benar ada perbuatan menyembunyikan surat ini oleh peguam tersebut, beliau wajib disiasat segera bagi mengenal pasti individu-individu dan organisasi lain yang terbabit dan tujuan serta agenda mereka berkomplot menyembunyikan surat yang ditulis sendiri oleh mendiang Teoh Beng Hock.

Yang Benar,
Azwanddin Hamzah
Yang DiPertua

4 comments:

  1. Saya mohon tuan bangkitkan juga isu berikut (yang saya senaraikan) kerana bangsa Melayu bangsa yang tinggi akal budinya,tinggi maruah dan karamah insaniahnya, glokal dan tidak sepatutnya bersifat berpilih-pilih:
    1) Di mana perginya diari pergerakan mantan TPM, DSAI semasa beliau dituduh dengan kes 1998 dulu. Bila peguambela DSAI minta untuk isu "alibi"...hilang. Jadi siapa yang bagi hilang? Sedangkan yang pegang pihak SB tentunya atau lebih mudah pihak polis dan kerajaan Malaysia.
    2) rekod kemasukan Altantuya...juga hilang...siapa bagi hilang? Imigresen? Atau siapa?
    3) rekod kemasukan kumpulan Al-Maunah dulu ketika dituduh memasuki kem tentera di Gerik dulu untuk mencuri senjata?
    4)dan banyak lagi yang tak perlu saya sebut.

    Apapun tahniah kerana menjadi "denyut nadi" perubahan total yang tulen sesuai dengan Malaysia, negara berbilang kaum. Saya sokong siapa saja yang di mata, di hati dan di gerak hati saya, adil dan benar kerana Islam mengajar saya nilai dan norma Ad-Din. Begitulah sebaliknya.

    ReplyDelete
  2. Setiausaha Agung JMMJuly 27, 2010 at 2:16 AM

    Kami di JMM mengucapkan terima kasih kpd sdr di atas cadangan dan pertanyaan yang dikemukakan. Kami memohon diberikan sedikit masa bagi kami meneliti dan membuat kajian di atas pertanyaan sdr.

    Pendedahan yg dilakukan oleh JMM adalah berasaskan kpd bukti-bukti berserta dokumen sokongan yg telah diteliti sedalam-dalamnya sebelum sebarang pendedahan dibuat bagi menegakkan kebenaran.

    Kami di JMM berpegang kpd prinsip Jujur & Amanah dan seharusnya setiap pemimpin baik diperingkat pentadibiran dan syarikat yg melibatkan kepentingan rakyat wajib juga Jujur & Amanah di dalam melaksanakan tanggungjawab berpaksikan kpd intergriti.

    Sekian terima kasih

    ReplyDelete
  3. Elok jugak kita siasat Azwanndin ni sekali. Sebab dia boleh berbahasa cina dan menulis dengan Chinese character jugak. Berkawan baik dgan Tian Chuan masa reformasi tapi sebab cari makan punya pasal jual prinsip jual maruah. nanti kita bawak saudara Sanusi, Radzi sekali utk buat press statement siapa Azwanndin. Tuhan bagi peringatan melalui Ahmad Dedat anak Sulung dia. Tapi tak pernah insaf. Buat kerja kerja fitnah sekali dengan Ezam Kotak. Bro kita makin tua bro...
    With the Bless of Ramadahn, take this challenge to admit to yourself that you have done so many mistake and from there we improve. Pity Dedat pity your wife Nor of Sg Penchala. Stop slandering and start to promote value and principle bro..

    ReplyDelete
  4. Setiausaha Agung JMMAugust 13, 2010 at 2:50 AM

    Terima kasih di atas komen Saudara. Ingin saya menasihati sdr. agar tidak memperlekehkan anugerah Tuhan dgn melibatkan anak & isteri beliau. Seharusnya juga sdr, jgn lari dr aqidah khususnya di bulan yg mulia ini.

    JMM tegas dgn setiap pendedahan yg dibongkar kerana setiap dari nya mempunyai asas dan bukti seperti Kalimullah, Sime Darby, Pos Malaysia dsb.

    Jika benar mahu Azwanddin di siasat saya cadangkan pihak saudara untuk membuat laporan Polis terhadap Saudara Azwanddin.

    ReplyDelete