Tuesday, June 1, 2010

Kenyataan Media Ttg Kerugian Sime Darby


JaringanMelayu Malaysia (JMM) hari ini bersetuju dengan resolusi yang telah dibuat oleh Kongress Majlis Perundingan Melayu(MPM) pada 29hb Mei 2010 mengenai Pengarah-Pengarah Sime Darby Berhad mesti bertanggungjawab terhadap kerugian sebanyak RM1.63billion yang dialami oleh Sime Darby Berhad kerugian akibat lebihan kos berjumlah RM1.6 bilion membabitkan projek minyak dan gas Bulhanine, projek minyak dan gas Maersk Oil Qatar (MOQ), projek pembinaan kapal MOQ, Maydan Mahzam di Qatar dan projek hidroelektrik Bakun. Bagaimanapun JMM tidak bersetuju dengan saranan oleh beberapa pihak agar kesemua Ahli Lembaga Pengarah dikeluarkan kerana tindakan ini tidak akan menyelesaikan segala masalah.

JMM berpendapat disamping Tun Musa Hitam yang telah membuat kenyataan mengenai kerugian yang dialami ini baru baru ini, Tun Dato’Seri Ahmad Sarji bin Abdul Hamid, Dr. Ariffin Mohamad Siregar, Tan Sri Samsuddin Osman, Tan Sri Dato’ Dr. Wan Mohd Zahid bin Mohd. Noordin, Tan Sri Datuk Dr. Ahmad Tajuddin bin Ali, Datuk Seri Panglima Sheng Len Tao, Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad bin Raja Tun Uda, Dato’ Henry Sackville Barlow, Dato’ Sri Mohamed bin Sulaiman, Dato’ Dr. Abdul Halim bin Ismail dan Datin Paduka Zaitoon Dato’ Othman juga harus diberikan peluang untuk memberikan penjelasan mengenai apa yang telah berlaku dan mempertahankan kedudukan mereka.

Mereka adalah Ahli Lembaga Pengarah yang telah dilantik dan kebanyakan mereka mempunyai pengalaman yang luas di dalam menerajui GLCs. Adakah mereka telah memberikan fokus terhadap amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Sime Darby Berhad atau mereka telah melakukan kelalaian dan kecuaian di dalam melaksanakan tugas mereka ataupun mereka menjadi mangsa kepada keadaan.

JMM menyarankan kepada pihak media untuk pergi mendapatkan komen daripada mereka yang telah dinamakan seperti yang di atas bagi mendapatkan penjelasan yang sebenarnya dari mereka kerana penting untuk rakyat Malaysia mengetahuinya.

Terima Kasih
Azwanddin Bin Hamzah
Yang DiPertua

No comments:

Post a Comment